Asthma; Suplemen yang sesuai untuk meredakannya..

Assalamualaikum wbt..

  Adakah anda penghidap Asthma atau lelah? Atau, adakah anda mempunyai anak yang menghidap lelah?

  Sesetengah orang berpendapat bahawa lelah tidak mempengaruhi kehidupan harian mereka, namun terdapat sesetengah individu yang mengalami masalah lelah yang serius sehingga menyebabkan aktiviti harian mereka terganggu. Penyakit ini biasanya berlalu dikalangan kanak2 dan jarang berlaku selepas berumur 25tahun. Namun dalam 30% daripada kes lelah ini adalah disebabkan faktor keturunan dan latarbelakang keluarga.



Apakah itu lelah atau asthma?
Lelah atau asthma berlaku disebabkan oleh inflamasi/keradangan pada saluran pernafasan.  Ketika asthma menyerang, salur udara akan mengalami penyempitan dan menghasilkan lebih banyak lendir.  Ini menyebabkan seseorang yang diserang asthma mengalami siptom2 seperti  berikut:
  • kesukaran untuk bernafas
  • batuk-batuk
  • tercungap-cungap ketika bernafas
  • dada terasa 'ketat'
  • nafas menjadi pendek
  Asthma juga boleh terjadi dengan pelbagai sebab, antaranya:
  • Habuk dirumah dan hama
  • Bulu haiwan peliharaan berdarah panas seperti anjing dan kucing
  • Jangkitan pada salur pernafasan atas
  • Senaman/aktiviti sukan
  • Angin yang sejuk
  • Menghidu produk berminyak wangi
  • Bahan yang merengsa seperti asap, cat atau gas2 kimia
  • Ubat-ubatan, misalnya ubat untuk tekanan darah tinggi seperti penghalang beta, aspirin dan lain2
  • Punca2 industri seperti habuk kapas di industri tekstil, tepung atau biji-bijian di industri pembakaran roti, habuk papan dan pertukangan
  • Tekanan emosi 
  Amat penting untuk kita ketahui apakah punca sebenar yang membawa kepada serangan asthma memandangkan faktor penyebab asthma itu sendiri adalah pelbagai. Dengan mengetahui faktor penyebabnya, penyakit astma mungkin boleh ditangani. Penghidap asthma juga biasanya turut mempunyai alahan (allergy) ataupun masalah ekzema.


  Penting bagi penghidap asthma:
  • mendapatkan nasihat dan rawatan daripada doktor
  • menyimpan inhaler bagi mengurangkan inflamasi pada saluran pernafasan sekiranya berlaku serangan asthma
  • mengenalpasti trigger kepada serangan asthma dan perlu sentiasa cuba untuk mengelakkannya
  • mengubah cara pemakanan bagi membantu mengurangkan simptom yang dialami
  Penyakit asthma tidak boleh diubati, namun ianya boleh dikawal.  Kajian mendapati bahawa sesetengah suplemen boleh memperbaiki simptom asthma yang dialami seterusnya mengurangkan keperluan inhaler.  Antara suplemen yang dicadangkan untuk penghidap asthma ialah:

a)  Antioksidan (A, C, E )
Ia banyak terdapat pada buah-buahan dan sayur-sayuran, dan sangat penting untuk menguatkan tisu paru2, mengurangkan inflamasi seterusnya mengurangkan kekerapan berlakunya serangan asthma. Antara antioksidan yang perlu diambil oleh penghidap asthma adalah Vitamin C, Vitamin E, beta-carotene, Grape seed extract, polifenol, resveratrol dan sebagainya. Di Shaklee, suplemen yang dicadangkan adalah Ace Set ( Carotomax, Vitamin C dan Vitamin E) serta Vivix

b)  Minyak Ikan (Omega-3)
Asid lemak Omega-3 turut mempunyai fungsi anti-inflamasi (anti-radang). Jadi selain mendapatkannya daripada pemakanan harian, anda juga boleh cuba untuk ambil suplemen minyak ikan yang berkualiti. (Namun jika simptom asthma adalah disebabkan oleh aspirin, asid lemak Omega 3 mungin tidak sesuai diamalkan.  Di Shaklee, Omega Guard merupakan minyak tulen terbaik dunia.

c)  Selenium dan mineral lain
Selenium merupakan co-factor kepada antioksidan dan kehadirannya diperlukan untuk mengoptimumkan fungsi dan aktiviti antoksidan seperti Vitamin E. Penghidap asthma kronik didapati mempunyai paras Selenium yang rendah dalam tubuh mereka. Di Shaklee, Vitamin E Kompleks mengandungi selenium

*Sumber:  LiveStrong.Com "The Essential Guide to Foods that Heal' By Suzannah Olivier 




 Hubungi saya di:
  Call / Sms : 019 393 7880
  Fb: NurFatin Raihanah Emelie Rosales
  Email: nurraihanah20@gmail.com
  Like FanPage: Live a Healthy Life (Cahaya Hati Umi)


0 comments:

Post a Comment