Kasihnya Ibu..

Assalamualaikum wbt..

Tengah mencari2 bahan untuk dimasukkan dalam blog, tetiba mata tertarik dengan sebuah artikel mengenai pengorbanan seorang ibu menyusukan anaknya sehingga ke akhir nyawa beliau. Hati terasa sebak bila membaca artikel ini. Semoga menjadi semangat untuk ibu2 diluar sana untuk menyusukan anak tersayang walau bagaimana sukar sekalipun keadaannya.

Begini kisahnya..

Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai.  Tidak ditekankan keadaan pemanduannya, tetapi saya fikir pemandunya juga menemui ajal disitu juga

Mahu diceritakan, penumpang yang duduk disebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat2 parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin dihadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa2 itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.

Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar2 dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa2nya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu pilu dan kasih sayang.

Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan.  Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba2 tercungap2 mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga meragut ketenangan anggota bomba tadi.

Itulah dia kasih sayang seorang ibu. Walaupun dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjawab sebagai ibu..menyusukan anak disaat2 akhir hidupnya. Subhanallah..



"Ya Allah, kau permudahkanlah urusan penyusuan kami keatas anak kami, murahkan rezeki anak2 kami, sesungguhnya hanya dengan izin dariMu sahaja kami boleh menyusukan anak2 kami..amin"

0 comments:

Post a Comment