Anemia Ketika Hamil

Assalamualaikum wbt..

  Setiap kehamilan pasti ada masalahnya sendiri. Bagi yang tidak menghadapi sebarang masalah sepanjang kehamilan, anda amat bertuah. Kebiasaannya, antara masalah kehamilan yang sering terjadi adalah masalah Anemia. 

  Anemia biasanya dikaitkan dengan kekurangan sel darah merah. Simptom anemia ini biasanya terjadi pada trimester 2 dan 3 kandungan. Antara simptom yang biasa dikaitkan dengan anemia adalah rasa ingin pitam, kepala terasa berpusing, berasa loya, pucat, tak bermaya, degupan jantung yang laju malah ada juga yang sesak nafas. 

 Kenapakah Anemia sering berlaku ketika hamil?



    Ketika kehamilan, keperluan zat besi ibu mengandung adalah berganda jika dibandingkan dengan keperluannya sebelum mengandung.  Zat besi perlu untuk pembinaan hemoglobin, sejenis protien dalam sel darah merah yang berfungsi untuk mengangkut oksigen ke sel-sel seluruh badan.  Sepanjang kehamilan, badan akan menghasilkan 50% lebih banyak darah dan zat besi diperlukan untuk mengangkut darah ini ke sel2 seluruh badan.  Selain daripada itu zat besi diperlukan untuk tumbuhbesaran bayi dalam kandungan dan juga plasenta.  Kekurangan zat besi akan menyebabkan ibu hamil mengalami anemia.  Ini lah yang menyebabkan simptom2 seperti di atas. 

Bagaimana hendak memeriksa anemia?

  Anemia biasanya diperiksa melalui ujian darah.  Biasanya doktor atau nurse akan menyucuk jari kita dan mengambil sampel darah untuk melihat tahap hemoglobin dalam darah. Bagi ibu2 yang takutkan jarum suntikan, ujian ini tetap perlu dilakukan. Sekiranya kita kekurangan hemoglobin dalam badan, ia mungkin akan mempengaruhi bayi dalam kandungan kita. Klik DISINI untuk mengetahui bahaya Hb rendah terhadap ibu mengandung. 

Siapakah yang cenderung untuk menghadapi anemia ketika hamil?

  • ibu yang hamil yang kurang mengambil zat besi sepanjang kehamilan
  • ibu yang mengalami masalah morning sickness yang teruk sehingga tidak lalu hendak makan
  • ibu yang mengandungkan bayi kembar
  • ibu yang mengalami thalasemia
  • ibu yang mempunyai kelahiran yang rapat   

Berapa banyak zat besi yang perlu untuk ibu hamil?


  Ibu hamil disyorkan untuk mengambil sekurang2nya 30mg zat besi dalam setiap hidangan makanan setiap hari. Banyak kan? Bacaan yang macamana kita katakan sebagai hemoglobin rendah? Apabila melalui pemeriksaan darah hemoglobin kita dibawah bacaan 11.0g/l, hemoglobin kita dibawah tahap rendah dan boleh menyebabkan anemia.  Biasanya apabila hemoglobin rendah, doktor akan menasihatkan kita supaya makan lebih banyak makanan yang mengandungi zat besi seperti bayam atau sayuran hijau, buah-buahan, kerang dan sebagainya. Doktor juga akan memberikan kita tablet iron (zat besi) bagi mengatasi masalah ini.  

  Penting untuk ibu hamil mengambil zat besi disepanjang kehamilannya. Ini bagi kesihatan ibu itu dan juga kesihatan bayi yang dikandungnya. Sekiranya anda menghadapi masalah dengan zat besi yang diberikan kepada anda (contohnya sembelit, cirit birit) berbincanglah dengan doktor anda agar doktor anda boleh mengurangkan dos pengambilan zat besi anda. 



 


  
  

0 comments:

Post a Comment