Adakah Selamat Menaiki Kapal Terbang Semasa Hamil??

Assalamualaikum wbt..

  Sewaktu saya mengandung pada trimester pertama kehamilan, saya terpaksa travel ke luar negara atas urusan tugas. Pada masa itu memang takut kot2 tak lepas kawalan keselamatan kerana bimbang menjejaskan bayi dalam kandungan. Sudahnya saya terpaksa memakai pakaian yang besar supaya tiada siapa yang tahu saya mengandung. Alhamdulillah, perjalanan saya ke luar negara yang memakan masa 4jam 30minit berjalan dengan lancar dan kandungan pun selamat. Bagi mereka yang masih ragu2 untuk travel ketika mengandung, info ini mungkin dapat membantu anda.

Adakah Selamat Menaiki Kapal terbang semasa hamil?

  Ya, dalam trimester pertama dan kedua.  Tetapi jika terdapat komplikasi dalam kehamilan seperti terdapat tompokan darah di faraj, kencing manis, tekanan darah tinggi atau anda pernah mengalami kelahiran awal, periksalah dengan doktor anda sebelum membuat perjalanan untuk mengetahui segala kemungkinan yang berlaku.

  Pada trimester kedua, iaitu minggu ke-14 hingga ke-27, adalah waktu yang paling seseuai untuk membuat perjalanan.  Pada ketika ini, morning sickness sudah berlalu dan anda sudah cukup bertenaga dan kemungkinan untuk gugur adalah rendah. Walaubagaimana pun bagi mereka yang pernah ada sejarah keguguran atau masalah kehamilan lain, adalah penting untuk anda mendapat confirmation dari doktor samada kandungan anda betul2 sudah kuat atau tidak bagi memastikan sejarah keguguran tidak berulang.

  Sesetengah syarikat penerbangan tidak membenarkan wanita hamil selepas minggu ke-28 untuk menaiki pesawat jika mereka bimbang mengenai kelahiran mereka. Agen yang menjual tiket tidak akan bertanya samada anda hamil atau sebaliknya apabila anda menempah tiket, tetapi anda mungkin akan ditanya bilakah tarikh anda dijangka bersalin semasa anda hendak masuk ke dalam pesawat.

  Sebenarnya, syarikat penerbangan boleh melarang anda daripada menaiki pesawat jika mereka bimbang mengenai kehamilan anda.  Oleh itu, lebih baik jika anda dapatkan kebenaran bertulis untuk menaiki pesawat daripada doktor anda untuk mengesahkan anda selamat untuk membuat perjalanan tersebut dan juga untuk mengelakkan kelewatan.  Surat tersebut perlu menyatakan bahawa anda telahpun diperiksa oleh doktor dan tiada kemungkinan untuk sakit bersalin dalam masa 72jam yang akan datang dan anda juga disahkan sihat untuk membuat penerbangan tersebut.

  Namun begitu, polisi syarikat penerbangan bukanlah satu-satunya sekatan yang anda harus pertimbangkan. Duduk dikerusi pesawat dalam penerbangan yang panjang boleh jadi tidak selesa, terutamanya jika anda sedang hamil.  Fikirkan juga mengenai kemungkinan situasi kecemasan dari segi perubatan.  Adakah anda mahu risiko mendapat kontraksi awal berlaku semasa percutian atau semasa dalam penerbangan?

  Membuat perjalanan dengan kapal terbang semasa hamil boleh meningkatkan risiko mengalami thrombosis (darah beku) dan urat simpul (vena varikos). Memakai stoking sokongan (bukan seluar ketat yang mana boleh meningkatkan risiko mendapat jangkitan thrush) semasa menaiki kapal terbang boleh membantu melancarkan peredaran darah dan mengurangkan bengkak pada salur darah.

  Walaupun thrombosis jarang berlaku dikalangan wanita Malaysia, anda harus cuba bangun dan berjalan2 semasa dalam perjalanan yang jauh.  Anda mungkin pernah mendengar bahawa pendedahan kepada radiasi semualajadi semasa penerbangan boleh meningkatkan risiko keguguran/ketaknormalan pada bayi dalam kandungan.  Malah, para doktor setuju bahawa para pramugari dan ahli perniagaan yang terbang beratus2 kali setahun mungkin mempunyai risiko yang lebih tinggi berbanding dengan wanita yang hanya terbang beberapa kali setahun.

  Kesimpulannya, jika anda ingin travel jauh samada dengan penerbangan atau darat, anda haruslah alert dengan kondisi kandungan anda. Seboleh2nya dapatkan nasihat doktor gyne anda samada kandungan anda benar2 selamat untuk satu penerbangan yang jauh. Pastikan kesihatan anda berada dalam tahap maksimum. Makan vitamin sekiranya perlu bagi mengekalkan kesihatan anda dan kandungan anda. Untuk suplemen kehamilan boleh klik DISINI
  
  Untuk lebih banyak tips tentang kehamilan, berpantang, penyusuan, kecantikan dan kesihatan, hubungi saya seperti berikut:

Fb: NurFatin Raihanah Emelie Rosales
Sms: 019 393 7880
email: nurraihanah20@gmail.com
FanPage: Live a Healthy Life ( Cahaya Hati Umi )











0 comments:

Post a Comment