Setahun penyusuan bersama Shaklee..Alhamdulillah...

Assalamualaikum wbt..

  Alhamdulillah pada 20 Januari 2013 genaplah setahun saya menyusukan Amna, dan syukur alhamdulillah hingga ke saat ini saya masih fully breastfeed Amna. Menyusukan anak dan dalam masa yang sama terikat dengan komitmen kerja, terkejar2 masa nak pam memang memerlukan banyak pengorbanan. Maka sebab itu saya merasakan ibu2 yang boleh cope semua sekali adalah SuperMom dan saya amat respek pada ibu2 yang mempunyai semangat kental untuk menyusukan anak walaupun terikat dengan komitmen lain.


  Perjalanan penyusuan saya dengan shaklee hanya bermula selepas saya habis pantang. Maklumlah time pantang takde terfikir untuk menyimpan stok..bila da masuk kerja, stress dengan kerja mula la susu merundum. Masa tu la saya terfikir untuk mencuba Shaklee..Alhamdulillah memang nampak kesannya. Penyusuan berjalan lancar dan stok susu untuk Amna masih ada hingga kini berkat daripada jadual pam yang konsisten dan disiplin pada pengambilan suplemen. Sehingga kini saya masih mengambil suplemen Shaklee bukan sekadar untuk penyusuan tetapi untuk kesihatan.

  Jika dibandingkan pengalaman penyusuan saya dengan ibu2 lain, saya yakin ada ibu yang menyusukan anak lebih lama dari saya. Namun apa yang pasti, setiap ibu yang menyusukan anak perlulah mempunyai semangat yang kental jika mereka benar2 ingin menyusukan anak sehingga 2 tahun. Banyak pengalaman pahit manis yang saya tempuh untuk menjayakan penyusuan setahun ini. Nipple crack, susu merundum, mood swing semua adalah pengalaman pahit yang saya tempuhi..belum lagi bila ada yang ragu2 samada saya boleh atau tidak menyusukan anak saya selama ini. Malah ada juga yang tidak menyokong saya utk meneruskan penyusuan susu ibu kerana menganggapnya leceh. Namun semua itu tidak saya hiraukan..apa yang penting, Amna dapat nutrisi terbaik dari saya..

  Syukur alhamdulillah, dalam usia Amna yang menjangkau setahun, Amna membesar dengan sihat, aktif dan cerdik. Memang betul kajian yang dibuat tentang IQ kanak2 susu ibu. IQ kanak2 susu ibu itu lebih tinggi jika dibandingkan dengan anak2 susu formula. Saya bukan merendahkan martabat susu formula cuma saya mengiakan kajian tentang kehebatan susu ibu pada perkembangan anak kita. Saya yakin samada susu ibu atau susu formula, tiada ibu yang tidak ingin memberikan yang terbaik untuk anaknya kan?


  Terima kasih Ya Allah atas anugerah yang Kau berikan. Sesungguhnya tanpa keizinan dariMu tidak akan ada keluar setitik pun susu dari diriKu. Yang penting kita sentiasa panjatkan doa pada Allah agar murah rezeki anak kita untuk menyusu susu ibu dan moga urusan penyusuan kita dipermudahkan. Untuk semua yang bersama saya, menyokong saya dari segi kata2 semangat, tunjuk ajar tentang penyusuan..Allah sahaja  yang dapat membalas jasa kalian. Semoga urusan penyusuan kita ini sentiasa mendapat redha Allah dan moga anak2 kita menjadi anak2 soleh dan solehah..Amin..

0 comments:

Post a Comment