Penemuan Saintifik Mengenai Susu Ibu, Bukti Kebenaran Al-Quran

Assalamualaikum wbt..

  Menyusukan anak dan penyusuan susu ibu banyak kelebihan yang tersurat dan tersirat. Malah kajian saintifik telah dijalankan bagi melihat perkembangan anak yang diberi susu ibu dari segi perkembangan IQ dan EQ anak tersebut. Dalam Al-Quran sendiri ada menyebut tentang penyusuan susu ibu ini.



“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Surah Luqman: ayat 14)

  Terdapat banyak faedah kepada kedua2 ibu dan bayi apabila kita mengamalkan penyusuan bayi secara natural. Kita disarankan memberi susu ibu kepada bayisehingga bayi berusia sekurang2nya 6 bulan tanpa makanan sampingan lain, tanpa susu formula lain dan tanpa diberi air masak pun kepada bayi.

  Susu ibu kaya dengan antibodi serta hormon yang mampu memberi perlindungan kepada bayi daripada masalah usus(gastrousus), jangkitan pada pernafasan, jangkitan telingan, alahan makanan, kerosakan gigi, pneumonia dan meningitis. Ia juga menggalakakn pertumbuhan pembentukan otot2 muka dan rahang.

  Kajian terbaru yang dijalankan oleh Profesor Catharina Syanborg, seorang pensyarah imunologi dari Universiti Lund, Sweden,susu ibu membantu untuk mencegah bayi dari mendapat kanser.  "Zat yang disebut alpha-lac(alphalactalbumin) yang terdapat dalam jumlah besar di dalam susu ibu yang mengenali keberadaan sel2 kanser dan membunuhnya'. Manusia berusaha untuk mencari cara melawan kanser dengan rawatan kimoterapi dan berbagai2 cara lain,namun Allah terlebih dahulu telah menunjukkan kepada kita cara untuk melawan penyakit berbahaya ini.

  Satu lagi penelitian yang dilakukan oleh James W. Anderson, ahli Universiti Kentucy - IQ bayi yang diberikan susu ibu lebih tinggi 5 tahap daripada bayi lain. Susu ibu yang diberikan hingga 6 bulan bermanafaat bagi bayi, manakala anak yang disusui kurang dari 8 minggu tidak memberi manafaat kepada IQ.

  Ini fakta yang menarik untuk semua yang bergelar ibu. Lihatlah bagaimana Al-Quran menerangkan kepada kita sebab untuk seseorang ibu menyusukan anaknya selama 2 tahun dan lihatlah kajian saintifik membawa kepada kebenaran dan kebaikan yang dibawa Kalam Allah ini. Ini menunjukkan kepada kita Al-Quran mendahului penemuan saintifik sejak 1400 tahun berabad yang lalu.

  Kebaikan menyusukan bayi untuk ibu ialah:

-  Badan akan merembeskan sejenis oksitosin dimana hormon tersebut membantu mengecutkan rahim dan mengembalikan rahim ke bentuk asal.  Ia juga membantu mengurangkan berat badan sehingga 500 atau lebih kalori sehari dengan aktiviti tersebut (bergantung jg kepada metabolisma ibu). Ia juga mengurangkan risiko terkena kanser payudara, pre-monopouse,kanserovari dan osteoporosis. Selain daripada itu menyusukan bayi juga mempunya faedah seperti berikut:

-  Jika mampu memberi susu ibu kepada bayi secara natural,ianya lebih mudah.  Tidak perlu untuk membasuh botol2 susu dan ianya boleh diberikan dimana2 saja bila2 masa.

- Susu ibu dijadikan Allah khas untuk keperluan bayi dengan jumlah dan faedah yang sangat mencukupi.  Ia mengandungi kuantiti paling tepat seperti nutrien, protien,lemak dan karbohidrat untuk bayi.

-  Tiada susu yang setanding susu ibu untuk diberikan kepada bayi.  Jika penyusuan dilakukan secara natural, ia mampu mengeratkan hubungan antara ibu dan anak. Ia merupakan sentuhan kulit dan rangsangan tersebut turut dirasai bayi.

-  Dalam Islam ada menyatakan bahawa besar pahalanya seorang ibu menyusukan anaknya. Ia menyebut bahawa demi kesihatan anak, ibu hendaklah menyusukan anak dengan susu ibu. Sejajar dengan firman Allah di dalam Surah Al-Baqarah Ayat 233 yang bermaksud

" Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama 2 tahun penuh iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan"

-  Imam Syafie berkata "Sihat atau tidak anak itu bergantung sama ada anak disusui ibu atau tidak walaupun sekali susuan"


Kelebihan dan fadhilat menyusukan anak:

-  Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap2 titik susu yang diberikannya.
-  Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (21/2 tahun) dan beramal soleh tidak melanggar perintah Allah dan taat kepada suaminya, maka malaikat2 dilangit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
-  Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberinya pahala satu tahun solat dan puasa.
-  Susu ibu menjadikan anak lebih sihat daripada terkena penyakit terutama selsema dan batuk. InsyaAllah
-  Dengan memberi susu ibu kepada anak,pengaruhnya sangat besar terhadap perkembagan kesihatan fizik dan jiwa anak
- Jika semalaman ibunya tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberi pahala seperti memerdekan 70 hamba ke jalan Allah.

  Begitu sayangnya Allah pada wanita yang bergelar Ibu / Ummi / Bonda / Mama /Mak






0 comments:

Post a Comment