My Breastfeeding Journey...

Assalamualaikum wbt..

  Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah..Allah memanjangkan lagi umur kita pada hari ini, hari Jumaat pertama ditahun baru 2013. Moga2 tahun baru ini memberi keberkatan rezeki dan keberkatan hidup buat kita semua.

  Pagi ni terasa nak kongsi pengalaman saya menyusukan anak saya Amna. Alhamdulillah dalam 16hari lagi saya akan memperolehi Degree dalam Breastfeeding..maksudnya pada 20hb Januari 2013, genaplah setahun Amna fully breastfeed..but the journey is not easy...


Fresh from the oven..Amna on her first day :)
  Sejak mengandungkan Amna memang saya berniat untuk fully breasfeed dia sedangkan ilmu tentang breastfeeding pada ketika itu memang cetek. Tak tau pun istilah, EBM, Frozen EBM, Marmet dan segala bahasa dalam ilmu penyusuan. Walaupun terdedah dengan internet tp mmg tiada inisiatif nak cari ilmu tentang penyusuan. Terasa jahil tentang ilmu penyusuan ketika itu tp semangat nak menyusukan Amna memang tinggi, tak kira macamana pun nak breastfeed Amna.

  Amna lahir pada 20hb Januari 2012 di Hospital Colombia Asia, Taiping secara pembedahan kerana keadaan Amna yang breech. Hari pertama memang sangat sedih kerana tak boleh bangun menyusukan Amna. Masa tu breast membengkak. Hari kedua dalam wad, saya bertegas dengan nurse nak menyusukan Amna. Memang sakit pembedahan masih terasa tetapi kerana keinginan breastfeed tu tinggi, lupakan segala rasa sakit. Alhamdulillah, pada hari kedua, saya berjaya menyusukan Amna. Perasaan saya ketika itu memang tidak boleh digambarkan..Its such a very sentimental and precious moment..Alhamdulillah..

  Dalam pantang memang tak terpikir pun nak menyimpan stok. Memang tak pernah pun pam susu. Saya cuma direct feeding je dengan Amna. Alhamdulillah dalam pantang susu saya tetap cukup untuk memenuhi demand Amna. Satu cabaran yang saya alami ialah bila nipple saya crack dan melecet due to salah teknik masa menyusu. Saya masih ingat lagi smpi puting saya berdarah2 and saya menangis2 menyusukan Amna. Mengamalkan petua untuk mengubati nipple berdarah dan melecet, alhamdulillah saya mampu menyusukan Amna tanpa sebarang masalah.

  Hari berganti hari dan saya masih seronok dengan direct feeding Amna sedangkan tak lama lagi nak masuk kerja. Bayangkan stok tak buat, pas tu tak ajar Amna pula nak bottle feeding. 2minggu nak masuk kerja baru sibuk nak ajar minum guna botol. Amna memang reject bottle feeding. Susah hati masa tu bila Amna tak nak minum guna botol. Sehari nak masuk kerja barulah kalut nak pam. Masa tu memang takde pam lagi, just doing marmet. Alhamdulilah susu keluar walaupun baru first time buat marmet. Dengan berserah segalanya pada Allah, saya berdoa minta2 Amna boleh bottle feeding dirumah pengasuh. Alhamdulillah sgt, pengasuh kata Amna nak bottle feeding. Syukur sgt..

  Bila da start kerja baru terasa kenapalah tak simpan stok semasa pantang..skrg baru terasa susahnya nak simpan stok.  Setiap hari kena pam..bukan pam ye..tp marmet..sakit sgt terutama bila breast membengkak. Tp memikirkan Amna, kuatkan semangat untuk marmet. Setiap hari mampu marmet dalam 12-16oz..Saya hanya mula menggunakan pam Avent Manual ketika Amna berumur 6bln..senanglah sikit nak buat stok kan..tp tulah..bila kemalasan melanda tu..mmg takde la pam..jd macamana stok nak bertambah..heheh

  Kerana sikap malas nak pam, air pun consume sikit, mmg tak nafikan susu memang merundum lagi2 time period. Mmg drop sangat. Mula la susah hati..but alhamdulillah berkat pengambilan suplemen dari Shaklee, sedikit sebanyak ia membantu khususnya bila time period. Alhamdulillah pengambilan Ostematrix membantu saya ketika period dan Alfalfa membantu upkan balik production susu. Suplemen2 ini bukan magik, makan terus nampak kesan..kena hardwork baru it pays..pam konsisten, minum air yang banyak, penuhi konsep demand supply..InsyaAllah nothing is impossible..

  Alhamdulillah sudah 11bln berlalu dan Amna akan genap setahun pada 20hb Januari 2013. Stok susu saya takdelah semeriah stok susu ibu2 lain sampai kena beli deep freezer, takde juga banyak sampai freezer peti ais pun penuh..tp alhamdulillah, cukup la untuk Amna..besides Amna pun da start solid food, jd dia takdelah demand byk sgt minum susu dan Amna lebih suka direct feeding..leh manja2 dengan ummi :)


Amna 11months active and still fully breastfeed
  For me, every mother have the right to choose weather they want to breastfeed their child or not, fully breastfeed or mix with formula milk, its their decision. What matter is, as a mother we always wanted the best for our children. Consuming supplement is an option, supplement is not a magic portion where you can see the result in a single blink..patience, sacrifice and hard work must come along..

  Paling penting dalam dunia penyusuan, perlu ada sokongan dari semua orang. Suami, keluarga, masyarakat. Tanpa sokongan mungkin akan mematahkan semangat untuk menyusukan anak. Tak ramai yang boleh survive menyusukan anak tanpa sokongan semua pihak tapi masih ada yang mampu survive. Yang penting keinginanan untuk berikan yang terbaik untuk anak.

  Buat semua ibu2 diluar sana yang merasakan breastfeeding ni satu pekara yang susah especially when it comes nak simpan stok, mungkin anda perlu luaskan lagi pengetahuan anda dalam ilmu penyusuan. Di internet banyak support group yang boleh membantu anda. Susuibu.com, Kumpulan Sokongan Ibu2 menyusu, Kumpulan Ibu2 Menyusu, The breastfeeding Advocates Network dan banyak lagi kumpulan sokongan yang pasti akan membantu anda dalam penyusuan anak anda because it has help me a Lot! Happy Breastfeeding semua and remember..A breastfeeding mom is a Supermom! :)


Amna Enjoy to be carry by Ummi using Boba SSC

0 comments:

Post a Comment