Kenapa Vita-Lea lain dari multivitamin yang lain?

Assalamualaikum wbt..

  Adakah anda pengamal suplemen? Atau mungkin anda makan sebiji multivitamin sehari? Apa multivitamin yang anda ambil? Adakah anda tau secepat mana keberkesanannya? 

  Dalam entri kali ni, saya ingin berkongsi ekperimentasi saya tentang keberkesanan penyerapan multivitamin Shaklee iaitu Vita-Lea. Kenapa Vita-Lea ini berbeza dengan multivitamin yang lain? Di akhir entri ini, saya akan sertakan eksperimen yang saya buat tentang Vita-Lea. Sebelum itu, jom kita tengok apa kelebihan Vita-Lea ini.

  Secara ringkasnya, Vita-Lea adalah multivitamin yang terdiri daripada 28 nutrients yang penting termasuklah 12 jenis vitamin dan 7 jenis galian.  Sekiranya anda jenis yang tak suka makan banyak jenis multivitamin atau vitamin, anda boleh lah mengambil 2 biji Vita-Lea setiap hari iaitu pada waktu pagi dan pada waktu malam.

  Siapa yang memerlukan Vita-Lea?

  • Jika anda merupakan org yang sentiasa sibuk dengan aktiviti harian anda sehingga mengabaikan pengambilan gizi yang seimbang dari pemakanan harian, anda memerlukan Vita-lea untuk membekalkan nutrisi yang anda tidak perolehi dari pemakanan anda.
  • Beta-Carotene yang terdapat dalam Vita-Lea membantu mengawal masalah penglihatan, membantu pertumbuhan tisu badan dan mengekalkan pertumbuhan badan
  • Vita-Lea mempunyai formula zat besi yang sangat diperlukan untuk ibu mengandung khususnya mereka yang mempunyai masalah anemia. 
  • Vita-Lea mencegah penyakit tiroid dan beguk. Tiroid dan beguk adalah disebabkan oleh kekurangan iodin dalam tubuh. Sebiji Vita-Lea mengandungi 75mcg Iodin. Sekiranya anda diserang beguk, ambil 2 biji Vita-Lea setiap hari untuk memperolehi 150mcg iodin setiap hari. 
 
Eksperimentasi dengan Vita-Lea

  Eksperimen ini dijalankan untuk melihat secepat mana kadar penyerapan Vita-Lea dalam tubuh kita. Ambil sebiji Vita-Lea dan larutkan dalam cawan yang berisi air dalam suhu bilik.  Tak perlu goncang atau kacau cawan tersebut. Lihat dan dan biarkan Vita-Lea tersebut. Daripada eksperimen yang saya lakukan, ia hanya mengambil masa 7 minit sahaja untuk vita-lea larut dalam air. Maksudnya dalam tempoh 7 minit sahaja vitamin da diserap dalam tubuh. Cepat kan? Yang lebih menarik lagi, walaupun warna Vita-Lea ini hijau, air dalam cawan tidak bertukar warna. Ini menunjukkan Vita-Lea tidak mengandungi pewarna tiruan dan warna hijau ini adalah dari sumber spirulina.  Patutlah Vita-Lea ini lain dari multivitamin yang lain ;)

  Nak dapatkan Vita-Lea anda? hubungi saya sekarang dan konsultasi percuma akan diberikan.

1 comments: