Healing Crisis; Fahami Konsep dan Kesannya

Assalamualaikum wbt..

  Healing Crisis atau Krisis Pemulihan adalah satu sebab mengapa ramai yang takut untuk mencuba sesuatu suplemen. Mereka lebih takut dengan 'krisis sementara' berbanding dengan 'kesan baik dalam jangka masa panjang'

  Apakah dia Healing Crisis?

Setiap kali badan kita membaik pulih dirinya, krisis pemulihan akan berlaku.  Diantara Healing Crisis yang kerap berlaku ialah nyahtoksin (detoxify), memperbaiki (repair) dan membina (regenerate). Krisis pemulihan ini melibatkan setiap sistem didalam badan, yang bergerak dengan harmoni untuk membuang sisa kumuhan melalui sistem perkumuhan, seterusnya menyediakan tubuh untuk proses memperbaiki dan membina semula..

  Ringkasnya, krisis pemulihan ialah reaksi semulajadi (sistem imum) badan terhadap toksin-toksin yang dilepaskan ke dalam aliran darah LEBIH CEPAT berbanding kemampuan tubuh untuk mengeluarkan toksin2 ini dari dalam badan.

  Diantara tanda2 pemulihan atau Healing Crisis:

1. Sakit kepala
2. Letih lesu
3. Sakit Otot
4. Rasa Gelisah
5. Perubahan emosi
6. Gatal dan alahan kulit

  Ada juga yang mengalami kesan lebih teruk seperti:

7. Cirit birit
8. Kejang
9. Loya
10. Demam/seakan-akan selsema 
11. Jerawat dimuka dan badan
12. Tekanan darah rendah

  Apa pun yang anda alami, ketahuilah bahawa kesihatan anda bukanlah semakin buruk, malah tubuh anda sebenarnya sedang berusaha untuk menjadi semakin baik.  Sedikit demi sedikit anda akan merasakan bahawa tubuh anda menjadi lebih normal. Namun, anda perlu bersabar untuk mengharungi fasa pemulihan ini yang berbeza bagi setiap individu.

PERINGATAN:  Sekiranya anda mengalami krisis pemulihan yang serius seperti masalah pernafasan, sakit melampau dibahagian dada/tekak, bengkak/benjol yang luar biasa, dan apa jua tanda2 yang luar biasa, segeralah dapatkan bantuan kecemasan.

  Bagaimana untuk menghadapi krisi pemulihan ini?

1.  Perbanyakkan minum air kosong atau jus buah-buahan untuk pastikan badan sentiasa  terhidrat.  Sebaik2nya untuk minum 2-3 Liter air sehari
2.  Berehat, jemurkan diri dan lakukan senaman ringkas
3.  Jika kesan krisis pemulihan ini tidak begitu berat, benarkanlah krisis pemulihan ini untuk terus berlaku.  Kesan ini biasanya berlangsung selama beberapa hari, atau mungkin berminggu bergantung kepada tubuh individu. Jadi, jangan menyerah kalah terlalu awal ok? :)
4.  Kasihanilah diri (jiwa & tubuh) anda. Sekurang2nya, didalam tempoh pemulihan ini, jangalan sumbatkan lebih banyak toksin ke dalam badan. Cara paling muda ialah cuba hentikan pengambilan makanan dan minuman yang diproses yang perlu berjam2 untuk dihadam atau makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi.

  Shaklee ada Healing Crisis tak?

Pembetulan! Sepatutnya anda tanya "Pengambilan vitamin ni ada healing crisis tak?" Hakikatnya, tak kiralah jenama suplemen yang anda ambil, sekiranya itu adalah kali pertama, dan sekiranya telah banyak toksin yang terkumpul didalam badan anda, pastinya anda akan melalui healing crisis, samada ringan atau berat.  Kesannya akan lebih hebat sekiranya anda mengalami vitamin sintetik dan gaya hidup anda sebelum ini tidak begitu sihat.

    Pengalaman Saya Sendiri

Kali pertama mengambil Alfalfa ( sebagai milkbooster ) pada Mac 2012, memang mengalami healing crisis kerana pada waktu itu saya tak mengambil air yang cukup. Rasa pening kepala, loya, perut asyik lapar dan mengigil adalah simptom yang saya alami. Setelah mendapat konsultasi pengedar, barulah saya tahu dimana silap saya. Saya teruskan pengambilan Alfalfa dengan air yang banyak (lebih 3L sehari) dan alhamdulillah dalam tempoh 2 minggu badan saya dah dapat adjust dengan suplemen yang saya ambil. Badan memang terasa ringan. Sehingga kini saya masih meneruskan pengambilan Alfalfa sebagai milkbooster :)

  Kesimpulannya, Healing Crisis ini adalah BERBEZA BAGI SETIAP INDIVIDU. Tiada krisis pemulihan pada diri saya tidak bermaksud anda juga tidak mengalaminya. Dapatkan konsultasi dari pengedar anda sekiranya anda baru pertama kali memulakan pengambilan suplemen. 

  Pertanyaan?
Hubungi saya di nurraihanah20@gmail.com, atau SMS/Call : 019 393 7880 (Fatin) untuk maklumat lebih lanjut. Jom like FaceBook Live a Healthy Life untuk mengetahui tips kesihatan terkini dari kami.




0 comments:

Post a comment