8 Masalah Selepas Bersalin

Assalamualaikum wbt..

  'Tahniah! anda selamat melahirkan bayi perempuan/lelaki'..itu adalah perkataan yang ditunggu2 bg wanita yang hamil. Persediaan untuk menanti kelahiran permata hati dan persedian proses bersalin sudah tentu dibuat awal2 lagi bagi memudahkan urusan proses kelahiran si kecil. Namun tahukah anda, selepas bersalin, wanita akan terdedah dengan 8 perkara berikut?

Sakit pada Faraj
Kesakitan pada faraj biasanya berlaku apabila anda mengalami episiotomi ataupun koyakan pada faraj. Koyakan pada faraj akan menyebabkan kesakitan yang akan berlarutan sehingga 2-3 minggu apatah lagi jika anda seorang yang aktif bergerak.

Kesukaran Membuang Air Kecil
Bengkak dan calar pada sekeliling tisu faraj mungkin boleh mengakibatkan anda sukar hendak membuang air kecil.  Cuba buat senamana kemutkan faraj semasa kencing dan letakkan pad suam atau sejuk pada faraj untuk kurangkan bengkak. Sukar kencing tak lama dan ia akan pulih seperti biasa. Walaubagaimana pun sekiranya anda mengalami kekerapan kencing setiap sejam dan berasa pedih, kemungkinan anda mengalami masalah jangkitan kuman

Buasir
Sekiranya anda merasakan terdapat sesuatu yang keluar dari dubur dan sakit setiap kali membuang air besar, anda mungkin mengalami masalah buasir.  Buasir terjadi apabila tekanan yang tinggi semasa meneran yang mengakibatkan salur darah sekitar dubur menjadi kembang.  Untuk mengurangkan rasa tidak selesa, adalah disarankan agar meletakkan pad ais pada bahagian dubur. Untuk mengelakkan risiko buasir, amalkan pemakanan yang berfiber dan minum air secukupnya.

Sembelit
Sembelit mungkin terjadi kerana takut luka episiotomi terbuka semasa membuang air besar atau sakit kerana buasir yang membengkak.  Amalkan memakan sayur-sayuran dan makanan berfiber tinggi dan minum sekurang2nya 8 gelas sehari.

Sakit buah dada
Sakit buah dada dikaitkan dengan bengkak susu. Selepas berberapa hari selepas bersalin, buah dada akan mula membengkak kerana dipenuhi susu. Apabila ini berlaku, susu kan bayi anda sekerap yang mungkin. Sekiranya bayi anda tidur, anda boleh pam untuk mengeluarkan susu bg menyimpan stok ataupun anda boleh tuam buah dada anda dengan tuala yang suam bagi mengurangkan masalah sakit buah dada.

Rambut gugur
Ketika hamil, kebiasaannya rambut kelihatan cantik dan berkilat. Selepas bersalin, kebanyakkan wanita akan mengalami masalah keguguran rambut kerana masalah hormon dalam tubuh. Keadaan ini mungkin akan berlarutan selama 6 bulan. Jangan risau, teruskan pengambilan makanan yang berzat dan elakkan mengeringkan rambut dan mewarnakan rambut secara keterlaluan.

Perubahan Emosi
Perubahan emosi atau lebih dikenali sebagai mood swing mungkin akan berlaku selepas bersalin. Ini mungkin kerana faktor pengalaman sakit bersalin masih lagi terasa. Perubahan emosi ini juga ada dikaitkan dengan 'baby blues' dimana kita terpaksa menguruskan bayi yang baru lahir yang baru menyesuaikan diri dengan persekitaran. Stay positif dan sekiranya kemurungan terus berlaku, dapatkan nasihat dari doktor untuk mengatasi kemurungan anda.

Perut buncit dan berangin
Sebaik sahaja melahirkan, fizikal anda akan masih kelihatan bulat, tidak ramping dan 'flabby'. Sesetengah masih kelihatan seperti orang hamil disebabkan usus yang mengandungi lebihan angin.  Jangan risau kerana keadaan ini hanya sementara sahaja kerana semua cecair badan dan lebihan lemak yang anda kumpul semasa hamil akan hilang perlahan2. 

Bagaimana mengatasi semua masalah ini. Set Berpantang Shaklee mampu mengatasi masalah ini. 


Set ini mengandungi:

Vitalea - membantu memberikan tenaga, kecerian wajah dan menghilangkan penat dengan jadual harian yang tidak teratur.
BComplex - membantu menenangkan dan mengelakkan stress atau meroyan 
Vitamin C - untuk imum sistem bayi dan ibu bagi mengelakkan demam dan selsema dan mencantikkan kulit serta parut/perubahan kulit ketika mengandung
Zink - elemen yang sama dalam ikan haruan untuk pulihkan luka dalaman dan elakkan rambut gugur

  Anda juga boleh mengambil kalsium (Ostematrix) untuk mengelakkan sembelit dan sakit belakang dan juga sebagai milk booster hebat. Sekiranya anda ada budget lebih ESP juga membantu penghasilan susu yang cepat serta menurunkan berat badan anda!!

  Jom kita tengok pula testimoni ibu yang menggunakan set ini:


  Ingin cuba dan bertanyakan tentang produk, hubungi saya seperti berikut:

  Call / sms : 019 393 7880
  Fb: NurFatin Raihanah Emelie Rosales
  email: nurraihanah20@gmail.com
  Like FanPage: Live a Healthy Life ( Cahaya Hati Umi )

0 comments:

Post a Comment