Vitamin untuk ibu yang menyusukan bayi

Assalamualaikum wbt..

  Perlukah ibu yang menyusukan ini mengambil vitamin? Sekiranya anda merupakan ibu yang bekerja, ada perlukan vitamin kerana jadual aktiviti anda begitu padat dengan menguruskan anak dan rumah serta bergegas pula ke tempat kerja. Bagaimana ibu yang menjadi surirumah pula. Jawapan saya perlu kerana kita tidak ingin keletihan setelah menghabiskan seharian kerja kita dengan kerja rumah dan menguruskan anak2. Jadi apa kah vitamin yang sesuai untuk ibu yang menyusukan anak?

Multivitamin (Vitalea )
Multivitamin menyediakan vitamin dan mineral penting untuk para ibu yang mana ianya tidak boleh diperolehi daripada diet harian.  Kadar vitamin yang mencukupi membantu penghasilan susu yang banyak dan berkhasiat disamping menggalakkan kesihatan ibu dan bayi secara menyeluruh.

Protien (ESP)
Bayi memerlukan protien yang banyak untuk tumbesaran yang berkekalan dan sempurna.  Sumber protien yang baik seperti protien soya di dalam diet penyusuan amat penting untuk pengeluaran susu.  Protien membantu dalam membina dan mengekalkan sel2 yang menghubungkan setiap bahagian tubuh.  Mereka disarankan untuk mengambil sekurang2nya tiga hidangan protien berkhasiat sehari.

Vitamin C
Dalam satu kajian terhadap para ibu yang menyusui bayi dan mengambil vitamin C menunjukkan khasiat vitamin C tersebut tertumpu pada bayi.  Oleh itu menyusui bayi secara eksklusif dapat melindungi bayi anda daripada kekurangan vitamin C.  Vitamin C penting bagi menguatkan sistem imun dan membina kulit, gigi dan gusi yang sihat.

Vitamin B Kompleks
Vitamin B Komples merupakan vitamin yang diperlukan oleh anda dan bayi anda setiap hari bagi menyokong sistem saraf dan metabolisma yang sihat.  Vitamin B mempunyai pelbagai fungsi termasuk pengeluaran hormon, pembentukan sel-sel darah merah, penghasilan tenaga untuk sel dan mengekalkan saraf serta kulit yang sihat.  Iby yang menyusui bayi perlu mendapatkan vitamin B komples untuk memberikan khasiatnya kepada bayi mereka melalui susu ibu.

Kalsium
40 peratus daripada susu ibu adalah kalsium.  Kalsium diperlukan untuk membina tulang yang sihat dan pertumbuhan gigi pada bayi.  Wanita yang menyusui bayi disarankan mengambil sebanyak 1300mg kalsium setiap hari.

Asid Lemak Omega 3
Pengambilan dan tambahan Asid Lemak Omega 3 dalam tempoh penyusuan susu ibu dapat menggalakkan perkembangan otak dan mata anak.  Ia telah dibuktikan secara saintifik bahawa neuron lebih muda berhubung apabila kandungan omega 3 lebih byk dalam otak.  Tambahan pula tidak ramai kanak2 yang diberi susu ibu mempunyai masalah fungsi otak seperti gangguan hiperaktif dan masalah tumpuan (ADHA) atau autisme

Alfalfa
Alfalfa mengandungi banyak nutrien penting dan pelbagai vitamin seperti vitamin K, A, B1, B6, C, E, kalsium, zink dan zat besi.  Semua bahan2 tersebuh penting untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat.  Alfalfa juga digunakan secara tradisional untuk meningkatkan pengeluaran bekalan susu ibu.

  Jadi bagi ibu2 menyusukan anak yang masih ragu2 samada ingin mengambil vitamin atau tidak, mungkin fakta diatas boleh membantu. Jika anda ingin mendapatkan vitamin anda, boleh la menghubungi saya seperti dibawah:-

Call / Sms : 019 393 7880
Fb: NurFatin Raihanah Emelie Rosales
email: nurraihanah20@gmail.com
Like FanPage: Live a Healthy Life (Cahaya Hati Umi)

0 comments:

Post a Comment