Suplemen dan Milkbooster..apa perbezaannya??

Assalamualaikum wbt...

  Bila bercakap soal suplemen dan milkbooster..ada ibu2 yang masih confuse dengan kedua2 konsep ini. Adakah suplemen itu milkbooster? Apa pula yang dikatakan sebagai milkbooster? 

  Suplemen adalah makanan tambahan yang boleh menjaga kesihatan tubuh badan secara amnya. Dengan gaya hidup kita pada masa kini yang sentiasa sibuk hingga tak sempat mengambil diet yang seimbang, perlu rasanya untuk kita mengambil suplemen bagi menggantikan nutrien yang tidak kita perolehi daripada pemakanan harian kita.

  Milkbooster pula merupakan apa2 makanan/minuman yang mampu meningkatkan dan mempercepatkan penghasilan susu badan. Contohnya petua org tua2 makan byk lobak putih boleh meningkatkan kuantiti susu kita. Setiap individu milkbooster mereka adalah berbeza. Ada org yang makan durian, susu bertambah, makan halba susu bertambah even makan ikan pekasam pun boleh menambahkan production susu mereka asalkan semua nya dimakan dengan hati yang senang dan gembira.  Key word disini adalah perkataan GEMBIRA..makan la apa pun dengan keadaan gembira, maka penghasilan susu kita pasti akan lancar.

  Jadi apa pula kena mengena suplemen dan milkbooster?  Suplemen sebenarnya adalah agen untuk membantu tubuh kita agar lebih sihat. Bila tubuh sihat, penghasilan susu ibu itu lebih lancar. Kalau makan suplemen pun tp dalam kepala ada byk masalah nak fikir, mmg la suplemen tak boleh jadi milkbooster. Jadi tak hairanlah jika ada ibu2 merungut dan komplen bahawa suplemen ini menipu semata2. Mana tidaknya, makan suplemen tp dlm kepala sts berfikiran negatif, mood sentiasa swing, cara hidup pun tak sihat contohnya merokok or peminum kafien tegar..jd mcmana suplemen berkesan?

  Kesimpulannya disini, suplemen itu boleh menjadi milkbooster tp bergantung pada tubuh individu tersebut. Ada org kata Yes pada suplemen, ada org kata No. Apa pun milkbooster kita, yg penting hati kena senang dan tenang. Kita kena gembira. Malah jika mood kita gembira lebih byk hormon prolaktin akan dirembeskan. Paling penting adalah konsep asas penyusuan iaitu Demand vs Supply. Makan milkbooster or suplement tp kalau kita tak praktikkan konsep asas penyusuan, mcmana nak dptkan hasil? Tepuk dada tanya selera..Hanya kita tau apa yang terbaik untuk tubuh kita..

  Jika anda inginkan konsultasi tentang set penyusuan yang sesuai untuk anda, boleh hubungi saya spt berikut:

  Call / Sms :  019 393 7880
  Fb: NurFatin Raihanah Emelie Rosales
  email: nurraihanah20@gmail.com
  Like FanPage: Live a Heathy Life ( Cahaya Hati Umi )

0 comments:

Post a comment