Kenapa suplemen tak beri kesan???

Assalamualaikum wbt...

  Memang ada kes dimana ibu2 khususnya mengadu bahawa suplemen ini tidak memberi kesan kepada diri mereka terutama sekali dalam bab penyusuan. Namun begitu ramai diantara mereka yang memberi respon yang positif bahawa set penyusuan ini membantu memberikan kesihatan dan kecergasan kepada tubuh badan. Berikut adalah soalan yang pernah ditanya kepada saya oleh ibu2 yang menyusukan anak.

" Saya da cuba makan ESP, susu saya memang pekat, tapi bila pam kuantiti sama je, xbyk pun' - Ini adalah kesan yang normal bagi mereka yang baru makan suplemen. Satu masa dulu pun ketika saya baru je mengenali ESP dan suplemen lain, saya ingatkan ia mampu meningkatkan kuantiti susu saya, tetapi sebenarnya ia tetap berbalik kuantiti air yang anda ambil. Sekiranya pengambilan air cukup, kuantiti susu akan bertambah. Ini harus selari juga dengan jadual pam anda. Pam setiap 2 jam or 3 jam sekali bg mendapatkan hasil yang baik. Kalau jadual pam n water intake pun tak diambil kira, mmg kesan pengambilan suplemen ini kita tak nampak. 

" Makan suplemen buat saya lebih letih dan mengantuk" - Sekiranya anda jenis yang kurang minum air atau malas nak ketandas, mmg suplemen akan membuatkan anda cepat mengantuk dan letih. Pengamal suplemen perlu memastikan minum air sekurang2 nya 2L sehari untuk menyahtoksikan dari badan serta melancarkan penyerapan nutrien dalam badan.  Pengambilan air juga boleh meningkatkan keperluan oksigen dalam badan.   Badan akan letih bila darah dalam badan semakin pekat.

" Takde perubahan pun makan suplemen" - Ada satu kes ni, ibu ni ckp dengan saya yang suplemen ni langsung tak membantu. Ibunya ni sebenarnya mengambil suplemen sbb nak up kan balik production susu nya. Bila disoal jawab rupa2 nya ibunya merupakan peminat kopi yang tegar. Setiap hari at least 3 ke 4 cawan kopi wajib diminum. Kat situ la masalahnya. Kafien akan membunuh nutrien dalam suplemen, jadi macamana nak npk kesan? Sebaik2nya elakkan la kafien jika anda ingin mengambil suplemen.

" Suplemen mahal, tak mampu beli " - Memang tidak dinafikan ada sesetengah suplemen harga dia agak lumayan..tetapi harga sebuah kesihatan itu lebih mahal banding dengan harga suplemen. Lagipun kenapa nak berkira dengan pembelian suplemen kalau itu boleh memberikan kita kesihatan yang lebih baik. Bukankah lebih baik kita mencegah sesuatu itu daripada mengubatinya?

  Akhir kata, suplemen ni bukan sesuatu benda yang magik yang terus boleh beri kesan kepada pengamalnya. Kalau tak ikut peraturan yang betul makan la banyak mana pun suplemen tetap tak memberi kesan. Sekiranya anda ingin mula mengambil suplemen, dapatkan konsultasi yang betul daripada pengedar anda agar anda dapat lihat kesan yang anda harapkan. Kena sabar dan istiqamah..yang penting kita telah berusaha..

  Pertanyaan mengenai suplemen boleh hubungi saya di:-

Call / Sms : 019 393 7880
Fb: NurFatin Raihanah Emelie Rosales
email: nurraihanah20@gmail.com
Like FanPage: Live a Healthy Life ( Cahaya Hati Umi )



0 comments:

Post a comment