Berpantang...Jamu vs Suplemen..mana satu jadi pilihan?

Assalamualaikum wbt..

  Selepas melahirkan anak, tempoh berpantang adalah tempoh paling penting untuk si ibu. Yelah, masa ni tubuh ibu masih lemah lagi kerana melahirkan anak ditambah lagi luka jahitan selepas bersalin. Semua kena jaga..org tua2 kata kalau tak jaga nanti bentan..jadi amat penting utk ibu menentukan apa kah makanan yang perlu diambil semasa dalam pantang.

  Sekiranya ibu2 bercadang menggunakan apa jua produk semasa berpantang, ibu2 perlu consider beberapa faktor ini:
=>  adakah ia selamat untuk penyusuan anak saya?
=>  adakah ia bagus untuk ibu yang baru melahirkan anak?
=>  berapa kos yang perlu dibayar
=>  sejauh mana kebaikan menggunakan produk tersebut

 Apa bezanya memakan jamu dan vitamin semasa dalam pantang? Sebenarnya jamu dikategorikan sebagai makanan tambahan.  Namun badan akan mengambil masa yang lama untuk menguraikan jamu tersebut untuk mendapatkan vitamin dah khasiat yang terdapat didalamnya ditambah kandungan jamu tidak dapat diketahui dengan lebih lengkap.

  Berbeza dengan vitamin, badan sgt mudah mengenali vitamin.  Pengambilan vitamin membuatkan badan menerima dengan cepat tp ia mesti diselarikan dengan pengambilan air yang cukup agar penyerapan vitamin itu berlaku dengan sangat baik. 

Ibu di dalam pantang di galakkan mendapat makanan yang kaya dengan khasiat folik asid, zat besi, zink dan bebera vitamin lain supaya cepat pulih dari sakit melahirkan. Selain itu vitamin juga sangat perlu agar ibu itu tidak mudah mendapat meroyan dikala ia berada dalam pantang.

Bagi ibu yang hendak menyusukan bayi dengan susuibu sepenuhnya, disarankan agar ibu itu tidak mengambil apa-apa jamu kerana dikhuatiri ia akan memberi kesan yang tidak elok untuk hati bayi dan mempunyai risiko bayi mendapat sakit demam kuning atau nama popular disebut jaundice.

Ibu yang dalam pantang hanya memerlukan multivitamin yang lengkap dengan zat besi kerana zat besi diperlukan untuk pembinaan sel darah merah ditambah ibu banyak kehilangan darah semasa haid dan nifas. B complex dan vitamin C penting dalam membantu si ibu mendapat khasiat secukupnya dan mampu mengawal sebarang bentuk tekanan serta vitamin ini membantu mengelakkan si ibu mendapat risiko meroyan. Manakala zinc sangat perlu untuk aturan 100 jenis enzim dalam tubuh. Ia juga membantu mempercepatkan proses pembaikan luka luar dan dalam. Tidak kurang juga keperluan kalsium sangat dititikberatkan kerana ibu yang menyusu memerlukan tambahan kalsium dari wanita biasa kerana ia akan disalurkan kepada bayi untuk perkembangan dan pembesaran si anak.
Vitamin mana yang sesuai untuk ibu yang berpantang ye..? Jom kita baca bawah ni



Vitalea with iron formula
Memandangkan ibu2 kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan, maka ibu2 perlu memastikan pengambilan makanan yg seimbang dan berkhasiat agar dapat menggantikan semula darah yang keluar melalui proses kelahiran.  Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah.  Kekurangan zat besi boleh menyebabkan ibu kelihatan pucat, letih, lesu dan tak bermaya.  Bagi ibu yang berniat menyusukan anak, perlulah memastikan pengambilan zat besi dititikberatkan agar pertumbuhan dan pembesaran anak adalah baik.

B complex

Ia juga perlu dalam penghasilan sel darah merah disamping membantu menstabilkan hormon badan manusia.  Kekurangan B complex boleh menyebabkan ibu berpantang mengalami gangguan emosi atau lebih dikenali sebagai meroyan.  B complex sangat penting dalam membantu ibu kembali bertenaga semula disamping menstabilkan emosi ibu.

Vitamin C
Vitamin C Shaklee adalah berkonsepkan pelepasan masa.  Ia akan melepaskan vitamin c secara sedikit demi sedikit mengikut keperluan badan.  Memandangkan vitamin  C adalah jenis vitamin larut air, maka konsep pelepasan masa ini sangat bagus demi memastikan badan kita sentiasa cukup vitamin C dalam meningkatkan antibodi secara berterusan.  Vitamin C sangat perlu dalam membantu badan pulih 

Zinc
Ianya adalah antara galian yang sangat penting dalam membantu proses pemulihan.  Zinc membantu mempercepatkan proses baik luka dalam badan kita. Ikan haruan antara makanan yang kaya dengan zink.  Tapi kalau duduk kat bandar mmg susah nak dapat ikan haruan lagi2 yang fresh. Jadi zinc complex ini dapat menggantikan khasiat tersebut. Zinc complex ini juga membantu memulihkan luka bersalin dengan cepat. Bonus lagi, zinc complex membantu mengatasi masalah keguguran rambut khususnya pada ibu2 yang beru bersalin.

  Setelah consider semua pekara diatas, mungkin anda dapat gambaran yang lebih jelas samada jamu atau suplemen yang lebih bagus. Apa pun terpulang pada ibu itu sendiri untuk mengambil apa juga pemakanan as long as anaknya sihat.

  Nak tahu lebih lanjut mengenai produk, hubungi saya seperti berikut:

Call / Sms : 019 393 7880
Fb: NurFatin Raihanah Emelie Rosales
email:  nurraihanah20@gmail.com
Like FanPage: Live a Healthy Life ( Cahaya Hati Umi )





 







0 comments:

Post a comment