Adakah Vitamin Memberi manafaat?

Assalamualaikum wbt..


  Kalau kita ke supermarket atau farmasi, kita akan lihat banyak vitamin dan makanan kesihatan atau pemakanan tambahan yang dipamerkan. Maklumat2 pemakanan yang tercatat di kotak produk tersebut sudah cukup untuk membuatkan kita pening kepala.  Apakah vitamin atau mineral yang tercatat pada kotak2 tersebut dapat memberi manafaat kepada kita?

  Beberapa kajian menunjukkan vitamin dan mineral tertentu dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung sebanya 30 hingga 40 peratus malah dapat memperlahankan perkembangan penyakit tersebut.  Vitamin juga membantu memperkuatkan sistem imum dan mereka yang mengambil vitamin dan mineral dipercayai mempunyai imun yang lebih kuat.  Sekiranya sistem imun kita lemah, kita akan terdedah kepada serangan berbagai2 penyakit dari dalam dan luar badan kita.

  Jadi pengambilan vitamin memberi manafaat kepada kita. Janganlah pula kita tidak menjaga makanan dan mengharapkan makanan tambahan ini melakukan keajaiban. Vitamin dapat membantu mencegah penyakit walaupun anda mungkin memerlukan 6 bulan untuk melihat keberkesanannya. Janganlah itu pula dijadikan alasan untuk tidak mengambilnya. Semakin awal kita bermula, semakin awal keberkesanannya.

  Satu lagi cabaran ialah membantu sistem tubuh yang mula menurun.  Apabila usia makin meningkat, kecekapan sistem tubuh kita tidak lagi seperti dulu.  Sebagai contoh, perut kita tidak lagi mempunyai asid untuk membantu menyerap nutrien dari makanan.  Ini bermakna sebanyak 40% dari nutrien dalam makanan tidak dapat diserap dan membuatkan kita kekurangan vitamin D, B6, B12, riboflavin, folat dan kalsium.  Kebolehan sistem tubuh menyimpan nutrien juga menurun disebabkan oleh peratus lemak tubuh yang meningkat bersama umur.

  Walaupun metabolisma membuatkan kita hidup dengan sihat, ia juga menghasilkan sisa yang boleh membahayakan tubuh kita. Radikal bebas dan bahan lain yang terhasil dari proses metabolisma boleh merosakkan DNA dan membawa kepada banyak kesan umur tua.  Kita memerlukan antioksida untuk melindungi diri dari serangan radikal bebas.  Namun begitu, semakin usia meningkat, semakin susah untuk kita memperolehinya dari makanan harian. Justeru, kita perlu mengambil vitamin dan mineral untuk memperolehi kesihatan optimum.

  Sebagai langkah berjaga2, pastikan jumlah vitamin dan mineral yang diambil tidak melebihi had yang ditetapkan. Anda dinasihatkan untuk bertanya kepada doktor mengenai makanan kesihatan yang ingin diambil.  Ini disebabkan terdapat beberapa makanan kesihatan yang tidak sesuai diambil bersama ubat-ubatan.

  Disenaraikan beberapa tips untuk anda:

  - elakkan multi-vitamin dengan formula 'time release'.  Ketika sampai masa hancur, ia mungkin terlalu jauh didalam perut dimana penyerapannya adalah lemah.
  -  Simpan vitamin jauh dari tempat panas dan lembab
  -  Ambil vitamin bersama makanan kerana beberapa nutrien memerlukan lemak untuk berfungsi.  Justeru mengambilnya bersama makanan rendah lemak adalah terbaik.
  -  Semak tarikh 'baik sebelum'. Anda mungkin berjimat dengan membeli dalam kuantiti yang banyak, tetapi sebenarnya akan merugikan jika tidak dihabiskan sebelum tamat tempoh.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia






0 comments:

Post a comment