9 Fadhilat mengasihi anak..

Assalamualaikum wbt..

  Anak adalah anugerah yang Allah berikan kepada kita. Anak juga adalah tanggungjawab dan amanah yang Allah berikan kepada kita, Bahkan Allah memberikan pahala kepada umatnya yang menyayangi anak2 mereka.  9 Fadhilat yang Allah berikan kepada mereka yang menyayangi anak2 mereka:

1)   Ciumlah anakmu kerana setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga.  

2)  Syurga itu adalah kampung kesenangan.  Tiada masuk kedalamnya melainkan orang2 yang menyukai kanak2

3)   Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak2nya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di akhirat kelak.

4)  Muliakan anak2 dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama.  Barangsiapa memuliakan anak2nya dalam keadaan jahil, dia turut menanggung tiap2 dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya. 

5)  Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan.  Aqrak berkata, "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium".  Sabda Nabi SAW,  "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi'

6)  Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah, pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat.

7)  Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.  Maka barangsiapa mendahulukan anak perempuan seoalah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

8)  Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah.  Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

9)  Seorang lelaki bertanya, 'Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?" Jawab baginda, "Berbaktilah kepada ibu bapamu," Kata lelaki itu lagi, " Ibu bapaku sudah tiada lagi", Sabda Nabi SAW, "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak kepada dirimu dan anakmu berhak ke atas dirimu"

   Subahanallah! menyayangi anak saja da dapat pahala. Semoga Allah swt memberikan kita taufiq dan hidayah untuk mengamalkan dan menyampaikan ilmu ini kepada orang lain. Wallahua'lam.
 









0 comments:

Post a comment