4 Tahap Mendidik Anak Cara Rasullulah..

Assalamualaikum wbt..


  Salam pagi jumaat yang penuh barakah.  Semalam sy sempat menonton rancangan Semanis Kurma yang di hoskan oleh Ustazah Siti Norbayah dan suaminya. Topik yang agak menarik kerana zaman sekarang ni, mendidik anak bukanlah satu perkara yang mudah apatah lagi bila kanak2 zaman sekarang terdedah dengan kecanggihan teknologi dan kawan2 merupakan pengaruh paling kuat keatas anak2.

  Namun antara pekara yang menarik halwa telinga saya dalam rancangan semalam, sebagai ibu, kita kena sentiasa bersangka baik dengan anak kita. Walau apa pun yang anak kita buat, sentiasa bersangka baik, tapi tidaklah bermaksud benda yang salah pun kita bersangka baik kan..kena berpada2 la dengan keadaan. Sebagai ibu, sentiasa berkata2 benda  yang baik2 sahaja pada anak2 kita, dalam setiap doa, titipkan doa agar anak2 kita sentiasa mendapat keberkatan hidup dunia dan akhirat, menjadi anak2 yang patuh pada ajaran agama kerana doa anak2 soleh dan solehah itulah yang akan menjadi bekalan kita apabila kita sudah tak ada nanti.


  Sebenarnya tiada satu formula yang ideal dalam usaha membentuk anak2 untuk menjadi orang yang cemerlang.  Apa yang terbaik adalah berbalik kepada fitrah dan sunnah yang telah sekian lama diamalkan oleh Rasulullah S.A.W. Pendekatan baginda dalam mendidik anak terbahagi kepada 4 tahap:

1)  Umur anak2 0-6tahun.  Pada masa ini Rasulullah s.a.w menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yg tidak terbatas.  Berkian mereka kasih sayang tanpa mengira anak sulung mahupun bongsu dengan bersikap adil terhadap setiap anak2.  Tidak boleh dirotan sekiranya mereka melakukan kesalahan walaupun atas dasar untuk mendidik.  

2)  Umur anak2 7-14tahun.  Pada tahap ini, kita mula menanam nilai DISIPLIN dan TANGGUNGJAWAB kepada anak2.  Menurut hadith Abu Daud, "Perintahalah anak2 kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkan lah tempat tidur diantara mereka ( Lelaki dan Perempuan ). Pukul itu bukanlah untuk menyeksa cuma sekadar untuk menggerunkan mereka. Janganlah dipukul bahagian muka kerana muka adalah tempat penghormatan seseorang.  Allah SWT mencipta sendiri muka Nabi Adam.

3)  Umur anak2 15-21 tahun.  Inilah fasa remaja yang penuh sikap memberontak.  Pada tahap ini, ibubapa seeloknya mendekati anak2 dengan BERKAWAN dengan mereka. Banyakkan berborak dan berbincang dengan mereka tentang perkara yang mereka hadapi.  Bagi anak remaja perempuan, berkongsilah dengan mereka tentang kisah kedatangan 'haid' mereka dan perasaan mereka ketika itu.  Jadilah pendengar yang setia kepada mereka.  Sekiranya tidak bersetuju dengan sebarang tindakan mereka, elakkan mengherdik atau memarahi mereka terutama dihadapan adik beradik yang lain tetapi banyakkan pendekatan secara diplomasi walaupun kita adalah org tua mereka.

4)  Umur anak 21 tahun dan ke atas.  Fasa ini adalah masa ibubapa untuk memberikan sepenuh KEPERCAYAAN kepada anak2 dengan memberi KEBEBASAN dalam membuat keputusan mereka sendiri.  Ibubapa hanya perlu pantau, nasihatkan dengan diiringi doa agar setiap hala tuju yang diambil mereka adalah betul.  

Curahkan Kasih Sayang dengan bermain Bersama2 mereka
  Tiada manusia dilahirkan tanpa titik bermulaan.  Sesungguhnya fasa yang terpenting dalam tumbesaran setiap anak2 adalah fasa yang pertama mengikut didikan Rasulullah SAW seperti di atas.  Tahap ini dianggap paling penting kerana ketika ini asas dalam kerohanian anak2 sihat terbentuk.

Masa kecil Mereka takkan berulang buat kali kedua
  Dipetik kata2 Prof Dr Muhaya dalam siaran langsung diradio IKIM.FM dalam segmen 'Reste Minda Orang Yang Tenang' " Carilah aktiviti atau program yang memberi manafaat masa berkualiti bersama anak2.  Program yang menekan seperti ikatan kekeluargaan ataupun 'family bonding time' adalah program terbaik dalam 'membayar' semula masa dan tenaga yang kita gunakan untuk mencari rezeki kepada anak2.

  Semoga setiap hari kita akan menjadi ibu bapa yang lebih baik kepada anak2 kita. Amin...



.

0 comments:

Post a Comment