25 Perkara yang berubah setelah kita mendapat cahaya mata..

Assalamualaikum wbt..

  Salam Jumaat buat semua. Da seminggu tak update blog..sibuk menguruskan si kecik yang semakin membesar dan mula bertatih..alhamdulillah :) Hari sy nk kongsi satu artikel mengenai 25 perkara yang berubah dalam hidup kita setelah kita mendapat cahaya mata. Rsnya perkara ni akan dialami oleh semua ibubapa khususnya bg anak pertama..sy merasai segala perubahan ini..anda bagaimana??

1.  Walaupun kita mengurus anak seorang diri kita akan menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar? Setuju?

2.  Kita akan merindui saat2 9 bulan 10 hari mengandungkan anak yang tersayang walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!!! ( miss being pregnant )

3.  Kita tidak lagi memerlukan jam.  Sebaliknya, bayi yg menetapkan jadual harian kita.  Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi! ( still experience the same thing from her birth untill now when she is already 11months ;)

4.  Kita akan menghormati dan mengasihi ibubapa kita sendiri dengan cara yang baru setelah merasai sendiri kelelahan membesarkan seorang anak. ( biasa ibu kita akan ckp..mak dulu pun mcm tu..setuju tak? )

5.  Kita akan rasa jauh lebih sakit jika anak kita jatuh sakit ( rasa luruh hati dan jantung tgk anak sakit kan? Hanya ibu je yang tahu perasaan seperti itu )

6.  Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat :) ( ermmm..)

7.  Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh jika berlaku hal-hal berkaitan dengan anak 

8.  Kita akan lebih kerap melihat anak kita dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri

9.  Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita rasa happy bila anak kita poo-poo (tambahan lagi kalau anak sembelit..mmg kita ternanti2 bila la bby nak poo poo..kan?

10.  Kita akan lebih menghargai diri kita dan suami kerana rumahtangga telah lengkap dengan kehadiran anak ( anak itu penyeri hidup )

11.  Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja ( memang tak pnh puas peluk n cium anak smpi anak jadi rimas..hehhe )

12.  Kita akan jadi photographer serba boleh apabila setiap detik aksi2 anak akan dirakam ( seronok tgk video anak dari dia bby smpi skrg da boleh bertatih )

13.  Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh ( hari2 asyik tnya bby, bila nak tumbuh gg ni..hihi)

14.  Kita akan mula mencari resepi2 baru untuk dijadikan menu apabila anak mula menjangkau 6 bln..(beli buku resepi lagi..)

15.  Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah besar, malah kita amat menyukainya..

16.  Kita akan mencatat setiap perkembangan terbaru mengenai anak kita-senyum, ketawa, meniarap, mengesot, merangkak, bertatih, bermain, berjalan dan sebagainya..( seronok bila anak da boleh panggil mama, mimi (ummi)..hehhe)

17.  Apabila kita melihat ada ibubapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita kaan lebih memahami situasi mereka. (memang cpt merasa sebak..huhuhu)

18.  Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya masa yang singkat..(lambat2 mandi anak da pandai ketuk pintu bilik air..heheheh)

19.  Bila mula menyedari, yang kita mempunyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang senang menangis. ( Pelukan itu akan bantu menenangkan anak..it works for me! ;) )

20.  Buat mereka yang rajin surft internet, mereka akan mencari online store yang menjual pelbagai barang2 bayi dengan harga yang perpatutan dan mereka akan suka shopping khususnya ada Mom n baby fair! (tgk lah dlm fb..byk betul fren jual brg baby..hihih)

21.  Kita akan merasai nikmatnya menghabiskan masa bersama anak dirumah

22.  Kita akan dapati, pekara2 yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak. (Dulu suka benar bersolek, melawa..skrg bkn tak suka tp lebih suka lawakan anak..hihi)

23.  Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita agak kaku

24.  Kita akan berkira2 nak menambah anak lagi setelah usia anak makin meningkat walaupun sewaktu lahir kita kata "taubat, tak mau beranak lagi..sakitttt!!!!' ( betul kan? )

25.  Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh kejutan.

  After writting this artikel..rindu sgt pada anak..tak sabar nak balik rumah peluk anak. Anak itu amanah Allah, rezeki yang Allah berikan kepada kita..hargailah dia sebaik mungkin dan jaga lah dia kerana diluar sana masih ramai pasangan yang berusaha tetapi tidak dikurniakan anak. Kita yang memiliki anak, moga2 dapat mendidik anak menjadi insan soleh dan solehah..Amin....








0 comments:

Post a Comment