20 petua dipermudahkan rezeki...

Assalamualaikum wbt...

  Salam Jumaat penuh keberkatan buat semua pembaca Cahaya Hati Umi. Hari ni tarikh yang amat cantik dalam kalendar Islam, 1 Safar 1434 Hijrah. ( 1/2/34) dan alhamdulillah atas segala rezeki yang Allah berikan kepada kita hari ini. Rezeki ni tak semestinya berkaitan dengan duit kan? Kalau diberi kesihatan yang baik, hati yang tenang, kerja yang berjalan dengan lancar..semua tu pun rezeki Allah. Melihat senyuman anak pun satu rezeki yang Allah berikan kan?? ;)

  Bercakap tentang rezeki, saya kongsikan tips dan petua agar dipermudahkan rezeki yang saya baca dari sebuah blog. Moga2 memberi manafaat untuk kita semua:

1.  Jangan sekali-kali lupa untuk menunaikan ibadah kepada Allah
Walau sibuk macamanapun, pastikan diri kita sentiasa menunaikan perintah2 Allah.  Beribadah kepada Allah, maka insyaAllah pasti diri kita akan dimurahkan rezeki dan mendapat keberkatan. Allah tidak akan sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: "Wahai Anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku, maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu.  Jika melakukannya maka aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak akan menutup kefakiranmu' ( Riwayat Ahmad Tarmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a)

2.  Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah S.W.T, yg menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi S.A.W "Barangsiapa memperbanyak istighfar maka Allah (SWT) swt akan menghapuskan segala kedukaanya, menyelessaikan segala masalahnya dan memberi rezeki dari arah yang tidak disangka"

3.  Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku disisi Allah S.W. T jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki.  Sabda Nabi s.a.w: "...dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya" (Riwayat al-Tirmizi)

4.  Berzikir dan Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah SWT buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang.  Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada org yang beriman.  FirmanNya "(iaitu) org2 beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah,hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram (Ar-Ra'd:28)

5.  Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya hendaklah berbakti kepada ibubapanya dan menyambung tali kekeluargaan.  Baginda s.a.w juga bersabda: "Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya" Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w "Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepda kedua org tuanya, nescaya terputuslah rezeki Allah daripadanya (Riwayat al-Hakim dan ad-DAilami)

6.  Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada org yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan org tua, org sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak2 yang masih kecil.  Sabda Nabi s.a.w: "Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana org2 lemah dikalangan kamu" (Riwayat Bukhari)

7.  Tunaikan hajat org lain
Menunaikan hajat org menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w "Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya.." (Riwayat Muslim)

8.  Banyakkan berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita2 tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a'lam.

9.  Buat kebajikan banyak2
Ibu Abbas berkata: "Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain.  Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.

10.  Bangun pagi awal ( Jangan tidur sampai tengahari )
Menurut Rasulullah s.a.w, berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang membaca keberkatan dan murah rezeki.

11.  Menjalin sillaturahim
Nabi s.a.w bersabda "Barangsiapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya' (Riwayat Bukhari)

12.  Selalu berada dalam keadaan berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah (SWT). Baginda s.a.w bersabda: "Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah (SWT) akan memurahkan rezeki" (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid Al-Walid)

13.  Selalu bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah (SWT) dan menjadi sebab Allah (SWT) buka pintu rezeki.

14.  Selalu bangun solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah (SWT)

15.  Selalu menunaukan Solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu org sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunya rahsia tersendiri.  Firman Allah (SWT) dalam hadis qudsi "Wahai anak Adam, jangan sesekali engkau malas mengerjakan empat rakkat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya" (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16.  Bersyukur kepada Allah (SWT)
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah (SWT)berfirman: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras" (Ibrahim:7)

17.  Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu.
Zikir dari ayat2 al-Quran atau asma'ul husna selain menenangkan, menjernihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.  Misalnya, dua ayat terakhir surah al-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali selepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupannya dan murahkan rezekinya.
mohonlah kepada Allah...

18.  Selalu berdoa dan meminta pertolongan daripada Allah
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah (SWT), penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian-Nya. Dalam al-Quran, Allah (SWT) suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19.  Berusaha dan berikhtiar sehabis baik
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih, dikatakan bahawa Allah (SWT) berikan dunia kepda orang yg dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah (SWT) beri kepada org yang dicinta-Nya saja. 

20.  Bertawakal dan meletak sepenuh harapan kepada hanya Allah
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah (SWT). Firman-Nya: "Barang siapa bertawakal kepada Allah (SWT), nescaya Allah (SWT) mencukupi (keperluannya)" (At-Thalaq:3)

  Kesimpulannya, kunci untuk murah rezeki adalah melaksanakan ibadah dan amalan-amalan yang menambahkan ketakwaan kepada Allah.  Amalan2 takwa ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah (SWT), lalu Allah (SWT) limpahi hamba-Nya dengan keluasasn rezeki dan rasa kaya dengan pemberiannya. Semoga dengan amalan2 ini, kita semua dimurahkan rezeki dan hidup dengan penuh keberkatan dan rahmah daripada-Nya. InsyaAllah..

  





0 comments:

Post a comment