Tips Memulakan Penyusuan



 Assalamualaikum wbt..

 Selepas bersalin, ramai ibu2 baru yang menyangka apabila lahir je bayi, susu badan akan terhasil dan proses penyusuan boleh dilakukan seperti biasa.  Tahukan anda, penyusuan sangat dipengaruhi oleh gaya pemakanan ibu semasa mengadung dan pengambilan air yang cukup?

  Proses penyusuan itu akan lebih muda sekiranya ibu2 tahu teknik dan langkah2 yang betul untuk memulakan penyusuan.  Berikut adalah berberapa teknik yang boleh digunakan bagi menjayakan penyusuan.

1.  Cuba menyusu sebaik sahaja bayi dilahirkan dibiik bersalin. Ini untuk memberi ransangan kepada otak agar susu ibu dapat dihasilkan. Selain itu pada awal kelahiran bayi, terdapat cecair emas iaitu kolestrum yang mengandungi zat yang tinggi untuk bayi anda.  Bayi biasanya dapat mencari sendiri dimana payudara ibu berada walaupun bayi tersebut baru keluar kedunia..Ajaibkan??

2.  Kurangkan pelawat untuk memastikan masa anda bersama bayi tidak terganggu, penyusuan perlu dilakukan dalam keadaan yang tenang.

3.  Jangan guna nipple artificial. Susukan bayi mengikut kehendak bayi. Seelok2nya 2 jam sekali.  Sekiranya bayi anda tidur pada masa itu, kejutkan bayi untuk menyusu. Dengan cara sebegini ibu juga boleh mengurangkan keadaan bengkak susu.

4.  Jangan memberi susu apabila bayi menangis dengan kuat. Dodoikan dulu bayi dan tenangkan bayi terlebih dahulu barulah penyusuan boleh diteruskan.

5.  Pastikan ibu berada dalam keadaan selesa semasa menyusu.  Letakkan bantal untuk menyokong belakang dan kepala. Kedudukan bayi juga penting semasa penyusuan.  Pastikan kepala bayi berhadapan dengan buah dada supaya bayi tidak perlu berpusing.  Mulut dan hidung sepatutnya menghadap puting anda. Sokong buah dada supaya ia tidak menekan dagu bayi.

6.  Letakkan bayi ke arah buah dada anda dan galakkan bayi untuk membuka mulutnya.  Sokong belakangnya bukan kepalanya.  Hidung bayi sepatutnya menyentuh buah dada anda.  Sekiranya anda berasa sakit semasa bayi menyusu, pisahkn mulut bayi anda dari puting dan betulkan posisi penyusuan bayi.

7.  Pastikan belakang anda selesa.  Jangan terlalu membongkok ke arah bayi kerana ia boleh memberikan rasa sakit belakang.  Penggunaan nursing pillow amat membantu dalam menyokong belakang ibu agar tidak terlalu membongkok semasa menyusukan bayi.  Nursing pillow juga membantu meletakkan posisi bayi kearah buah dada.

Semoga tips diatas dapat membantu ibu2 baru yang ingin menjayakan penyusuan. HAPPY BREASTFEEDING!! :)

Ingin mengetahui set penyusuan yang sesuai untuk anda, boleh hubungi saya di:-

Call / Sms :  019 393 7880
Fb:  NurFatin Raihanah Emelie Rosales
email: nurraihanah20@gmail.com
Like FanPage:  Live a Healthy Life ( Cahaya Hati Umi )

0 comments:

Post a comment