Stress!!! Da makan suplemen pun susu tetap kurang???

Assalamualaikum wbt..


  Alhamdulillah kepada Ya Khaliq kerana kita masih lagi diberi peluang meneruskan kehidupan kita pada hari ini. Moga2 kita ambil kesempatan ini melakukan lebih banyak amalan dan moga2 segala amalan kita mendapat keredhaanNya..

  Mengikuti satu grup penyusuan dalam fb, berbagai2 masalah penyusuan yang saya dapat baca hasil dari keluhan ibu2 dalam grup berkenaan. Saya bukanlah LC yang arif menasihati ibu2 ini tentang masalah penyusuan mereka, mahu pun doktor yang boleh mendialisis dan mengesyorkan cara terbaik untuk mengatasi masalah penyusuan dan kesihatan ibu2 ini, apatah lagi pakar agama yang boleh memberi nasihat tentang soal jawab agama atau doa2 yang sesuai bagi melancarkan penyusuan ibu2 ini, tapi sebagai seorang ahli dalam kumpulan berkenaan, saya banyak membaca dan membaca dan berkongsi apa yang saya ketahui.

  Satu perkara yang pasti, dalam apa jua pun yang kita lakukan, jangan sesekali kita lupa kepada yang Maha Pencipta. Ramai ibu2 yang mencuba pelbagai cara nak perbanyakkan susu, ada yang berjaya ada yang kecundang. Ibu2 ni mengadu semua cara da buat tapi susu tetap kurang pas tu mula menyalahkan suplemen tak berkesan tapi sebenarnya pokok pangkalnya kena tanya diri sendiri adakah kita sentiasa memanjatkan syukur pada Nya atas setiap titis susu yang kita perolehi? Semak balik hubungan kita kepada Allah..

  Saya bukanlah orang yang arif tentang ilmu agama ni tapi kalau ibu2 amalkan solat sunat Dhuha, saya yakin Allah sentiasa buka pintu rezeki untuk kita dan anak kita. Jaga solat 5 waktu dan amalkan bersedekah sekiranya kita mampu. Bersangka baik lah pada Allah sekiranya rezeki susu anak kita pada masa itu setakat itu sahaja sebab Allah itu maha mengetahui atas segala perancangannNya. Jangan sesekali kita merungut dengan rezeki yang kita perolehi itu. Satu lagi, saya sentiasa titipkan doa ini setiap waktu saya habis solat 

"Ya ALLAH...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...AMIN.

  Moga2 dengan amalan2 ini kita mampu muhasabah diri kita untuk jadi ibu yang lebih baik kepada anak2 kita kelak. Wallahualam..

  Untuk pertanyaan mengenai suplemen penyusuan, kehamilan, kesihatan dan kecantikan boleh terus hubungi saya di : 

Call/Sms : 019 393 7880
Fb: NurFatin Raihanah Emelie Rosales
email: nurraihanah20@gmail.com
Fanpage:  Live a Healthy Life ( Cahaya Hati Umi )   

0 comments:

Post a comment