Punca Suami tidak menyokong penyusuan susu ibu...

Assalamualaikum wbt..
Proses penyusuan akan lebih mudah jika mendapat sokongan dari suami


  Salam Jumaat buat semua pembaca Cahaya Hati Umi. Moga-moga dipagi Jumaat yang penuh keberkatan ini kita diberi kesihatan yang baik agar kita dapat memperbanyakkan lagi amalan kita pada hari-hari mendatang.

Hari ini saya ingin berkongsi tentang cerita seorang teman yang mengadu bahawa suaminya tidak menyokong penyusuan susu ibu. Rasa pelik juga sebab susu ibu adalah nutrien dan makanan terbaik untuk bayi. Setelah berborak dengan teman  ini, kesimpulan yang saya dapat mengapa suami tidak menyokong penyusuan susu ibu adalah berikut:

1.  Isteri selalu mengadu keletihan
Isteri akan menjadi supermom. Dia lah yang akan menguruskan rumahtangga, dialah yang menguruskan anak, menyusukan anak dan tanggungjawab sebagai isteri kepada suami pun perlu dilaksanakan. Ini tidak termasuk lagi bagi ibu2 yang bekerja. Bila balik rumah sentiasa keletihan dan asyik mengadu letih pada suami. Bila suami tengok isteri letih, suami sarankan lebih baik memberikan anak susu formula sahaja sebab takut isteri tak menang tangan nak handle semua perkara dalam satu masa.

2.  Isteri yang tidak memberi layanan yang sepatutnya
Apabila seorang wanita itu menyusukan anaknya maka hormon prolaktin akan menjadi tinggi dan hormon progesterone akan menurun.  Ini secara langsung memberi kesan kepada kedinginan seks seorang isteri. Isteri akan mula menunjukkan kedinginan seks dan kehendak suami dianggap sebagai satu beban kepada isteri.

3.  Isteri tidak menjaga penampilan diri  
Rata-rata isteri yang menyusukan anak akan mempunyai masalah bau badan.  Ini mungkin disebabkan oleh faktor makanan pemangkin susu seperti halba yang boleh menumbulkan bau badan yang kurang menyenangkan.  Adakalanya isteri terlalu letih sehingga penampilan dirumah diabaikan.  Cukuplah sekadar memakai tshirt dan kain batik lusuh. Isteri menjadi seolah-olah tidak terurus atas alasan menyusukan anak dan masa tidak mencukup.


4.  Isteri tidak masak.  
Memang tidak dinafikan apabila mempunyai anak yang menyusu badan sepenuhnya, masa kita akan lebih banyak tertumpu kepada sikecil sehingga tanggungjawab rumah seperti mengemas dan memasak sedikit terganggu.  Jika mendapat suami yang memahami dan berkemampuan, pastinya dia akan membeli lauk dan isteri memasak dirumah. Namun bukan semua suami itu sama, ada suami tak kisah dengan apa pun makanan isteri selagi ia dari air tangan isteri itu sendiri walaupun ia sekadar nasi, telur dan ikan masin. Tapi takkan lah kalau menyusukan anak selama 2 tahun, kita nak hidangkan menu yang sama selama 2 tahun. Kalau macam tu, suami mana tak baran kan?? Silap2 boleh cari cawangan lain..nauzubillah.. 

5.   Isteri tidak berkongsi kebaikan susu ibu.  
Kebanyakan yang mengambil berat betapa pentingnya susu ibu kepada anak kecil adalah ibu itu sendiri.  Namun ilmu ini tidak dikongsi bersama suami.  Jadi kekurangan ilmu inilah yang menyebabkan suami tidak menyokong penyusuan susu ibu. 

6.  Anak asyik melekat dengan ibu
Suami perlukan masa bersama isteri, bermanja dengan isteri. Namun kalau isteri asyik melayan anak dan biar anak melekat dengannya sahaja, suami pun tak tahan. Suami perlukan belaian isteri. Kalau anak asyik melekat dengan isteri sepanjang malam, suami pun ketandusan kasih sayang dan ini boleh menjadi punca kepada suami tidak menyokong penyusuan susu ibu.  

Kesimpulannya, walaupun kita menyusukan anak kita, tanggungjawab sebagai isteri jangan kita abaikan. Sebagai isteri, ibu dan wanita, kita kena well-balance kan cara hidup kita dengan keperluan semasa.  Memang tidak dinafikan menyusukan anak itu meletihkan ditambah pula dengan kerja-kerja rumah yang sedia ada, sebab itulah sekiranya berkemampuan, makanlah suplemen untuk kesihatan yang lebih baik.  Tak salah untuk melabur sedikit demi kesejahteraan  keluarga yang berpanjangan. Wallaualam




0 comments:

Post a comment