Kenapa susu saya kurang???

Assalamualaikum wbt..



Konsep Demand vs Supply akan membantu produksi susu ibu

  Penyusuan susu ibu ada turun dan naiknya. Ramai ibu2 yang mengadu bekalan susu untuk anak tersayang tidak mencukupi. Ada beberapa faktor yang menyebabkan mengapa bekalan susu ibu itu tidak mencukupi. Berikut adalah cek list kenapa susu anda semakin berkurang.

~ Pam anda adakah dalam keadaan baik??? -  Pastikan pam anda adalah well maintain.  Injap dan motor berfungsi dengan baik.  Daya hisapannya juga dalam keadaan baik. Kalau tidak, pam dekat 15minit pun, tak dapat hasil.

~  Rutin mengepam anda bagaimana??? Kalau biasa pam selang 2 jam, or sehari pam dalam 4x, tiba2 rutin pam lari akibat daripada tugasan harian, sudah tentulah produksi susu drop. Kalau ini berlaku, cuba cari jalan penyelesaian. Ini kerana penghasilan susu memang berkadar terus dengan pengeluaran.  Kalau sikit yang keluar, sikit jugalah yang terhasil. Pam la walau setakat 5min, walau berapa oz pun hasilnya daripada tak pam langsung. At least bila pam, berlaku pengosongan payudara dan isyarat akan dihantar ke otak untuk menghasilkan lebih banyak susu.

~  Bayi da start solid food???  Normally, bila bayi yang da start solid food, akan mula kurang menyusu. Tetapi setiap bayi kehendak mereka berbeza. Ada yang begitu teruja dengan pemakanan, tetapi ada yang lebih suka maintain dengan susu ibu. Walaupun demand dari bayi anda semakin kurang, teruskan mengepam dirumah seperti biasa. Sekurang2nya sesi pam itu menggantikan hisapan bayi anda.

~  Pengambilan Pil Perancang??? - Komposisi Pil perancang mengandungi hormon estrogen yang boleh mengurangkan bekalan susu ibu. Berbincanglah dengan doktor anda apakah pil perancang yang tidak menjejaskan produksi susu ibu.

~  Period??? - Period dikaitkan dengan perubahan hormon. Perubahan hormon akan mempengaruhi susu ibu. Terus mengepam macam biasa. Minum air yang cukup dan pada waktu ni banyakkan consume kalsium.

~  Mengandung??? - Mengandung mempengaruhi susu ibu akibat dari perubahan hormon

~  Anda berdiet??? -  Ketika menyusu kita memerlukan lebih banyak tenaga, jadi takde istilah berdiet semasa menyusukan anak anda. Sekiranya anda ingin kekal slim, makan dengan bijak, pilih makanan yang mengandungi high protin kerana ia sangat mebantu pengeluaran susu ibu. Paling penting, air masak..at least 3L sehari ye??

~  Cukup rehat? Stres??? -  Stres boleh mempengaruhi let down reflect dan pengeluaran susu.  Kalau tidur dan rehat tidak cukup, cuba curi2 masa untuk dapatkan rehat dan mengepam dalam keadaan yang tenang.

~  Anda sakit??? -  Sekiranya anda demam, mastitis atau dehidrasi, memang akan menyebabkan susu ibu berkurangan.  Sesetengah ubat juga boleh mengurangkan pengeluaran susu ibu. Sekiranya anda tidak sihat dan ingin mendapatkan ubat dari doktor, jangan lupa beritahu doktor anda bahawa anda menyusukan anak agar ia tak mengganggu pengeluaran susu ibu.

Jadi, macamana nak naikkan pengeluaran susu kembali?

1.  Menyusu secara direct dengan lebih kerap
2.  Susun jadual mengepam dan pastikan anda mengikutnya setiap 2-3jam.  Namun jika anda terlalu sibuk, jangan terus skip.  Pam 5 minit pun takpe daripada tidak pam langsung.
3.  Tambah sesi mengepam diluar waktu pejabat.  Contohnya selepas bayi menyusu dirumah. Buat power pumping pada hujung minggu sekali sekala.
4.  Pastikan anda buat pengosongan payudara.  Panjangkan 2-3 minit masa tambahan untuk mengepam dari kebiasaan anda lakukan.
5.  Buat urutan payudara dan breast compression
6.  Ambil makanan tinggi protin dan milkbooster.  Pastikan anda makan mengikut keperluan.
7.  Jaga kesihatan anda dengan rehat yang cukup, senaman dan ambil la suplemen. Lakukan hobi yang anda gemari supaya anda kekal gembira dan mampu menangani stress dengan baik.

  Sekiranya anda inginkan lebih banyak tips penyusuan, ingin mengetahui suplemen penyusuan yang sesuai untuk anda, anda boleh terus menghubungi saya seperti dibawah. Konsultasi percuma akan diberikan kepada anda pada setiap pembelian produk penyusuan dan kesihatan dari saya.

Call / Sms : 019 393 7880
Fb:  NurFatin Raihanah Emelie Rosales
email:  nurraihanah20@gmail.com
Like FanPage:  Live a Healthy Life 

0 comments:

Post a comment