Hukum Menghisap payudara Isteri..


Assalamualaikum wbt...


Bila tengok gambar baby diatas rasa tergelak pun ada. Comel je tengok muka baby macam tu..heheh..Pernah terbaca daam satu soal jawab agama, apakah hukum suami menghisap payudara isteri?

Kalau diikutkan secara logiknya apabila seorang bayi menghisap payudara ibu susuannya dan kenyang sebanyak 5x, maka bayi tersebut akan menjadi anak susuan kepada ibu tersebut.  Tetapi kalau suami pula menghisap payudara isteri dan terminum susu isteri, macamana pula keadaannya kan? Takkan suami jadi mahram pula? Dan hasil pembacaan saya dan setelah bertanya kepada mereka yang arif, ini apa yang saya perolehi.

Menghisap payudara isteri semasa berjimak adalah harus, tetapi sekiranya isteri itu sedang menyusukan anaknya adalah lebih baik jika suami tidak menghisapnya kerana dikhuatiri akan terminum susu isteri itu sendiri. Kenapa?

Pertama, mulut suami mungkin mengandungi bakteria yang boleh disebarkan pada payudara isteri. Jika ini berlaku, anak mungkin akan terdedah kepada jangkitan bakteria dan kuman sekiranya ingin menyusu dari ibunya.

Kedua, susu ibu adalah hak si anak walaupun menyusukan anak itu sendiri perlu mendapatkan kebenaran suami. Namun sekiranya suami menghisap payudara isteri sehingga belia terminum susu isteri, itu tidak menjadikannya anak susuan. Syarat untuk menjadi anak susuan hendaklah bayi lelaki/perempuan yang berumur kurang dari 2 tahun dan menyusu sekurang-kurannya 5x kenyang. Suami sudah tentu tidak menepat syarat tersebut kan? :)

Jadi kesimpulannya, menghisap payudara isteri adalah harus tetapi sekiranya isteri menyusukan anak, adalah lebih baik agar ia tidak dilakukan kerana dikhuatiri sekiranya ini berlaku, ia akan memudaratkan kesihatan anak tersebut akibat jangkitan bakteria dan kuman. 

Untuk pertanyaan mengenai suplemen penyusuan, kehamilan, berpantang, kecantikan dan kesihatan boleh terus menghubungi saya. Dan sepanjang bulan November ini, promosi Alfalfa sedang berlangsung. Nak tahu kelebihan alfalfa, boleh layari http://cahayahatiumi.blogspot.com/search/label/Alfalfa






0 comments:

Post a comment