Bengkak susu selepas bersalin? Bagaimana mengatasinya..


Assalamualaikum wbt..



Bengkak susu selepas bersalin adalah pekara yang normal yang akan dialami oleh ibu2. Bengkak susu ini memang menyakitkan apatah lagi pada peringkat permulaan sekiranya bayi tidak pandai lagi menghisap susu ibu. Bagaimana cara untuk mengatasi bengkak susu ini?

1.  Pertama, ingatlah bahawa payudara bengkak adalah tanda yang positif, iaitu anda sedang menghasilkan susu untuk menyusukan bayi anda dan tidak lama lagi dengan adanya rangsangan penyusuan dari bayi anda akan menghasilkan kuantiti susu yang sesuai dengan kehendak bayi anda. Pastikan anda memakai coli menyusu yang memberi sokongan pada waktu malam dan coli itu tidak terlalu ketat.

2.  Susukan bayi anda dengan kerap iaitu setiap dua atau tiga jam. Sekiranya bayi anda tidur kejutkan bayi anda daripada tidur. Pastikan bayi anda menyusu daripada kedua-dua belah payudara pada setiap penyusuan.

3.  Mingkin sukar untuk bayi anda melekap pada payudara anda bila areola anda sangat keras. Untuk memastikan bayi anda melekap dengan betul, perah dengan tangan atau pam susu keluar sehingga areola menjadi lembut.  Satu cara untuk memudahkan pengeluaran susu ialah dengan meletakkan tuala panas di dada, mahupun mandi dengan air suam sebelum memerah.  Air suam boleh membantu melembutkan aerola.

4.  Jika payudara terlalu penuh dengan susu, menggunakan pam sesekali sekala untuk mengeluarkan susu berlebihan adalah elok dan tidak akan memburukkan keadaan. Penghasilan susu yang berlebihan hanya akan berlaku jika si ibu mengepam lebih daripada keperluan bayinya sedangkan bayi itu sudah menyusu dengan baik.

5.  Semasa bayi sedang menyusu, urut payudara yang sedang dihisapnya perlahan-lahan.  Ini dapat membantu pengaliran susu dengan lebih lancar dan turut melegakan sedikit ketegangan dan ketidakselesaan pada payudara.

6.  Sesetengah wanita mendapati, meletakkan daun kubis segar pada payudara boleh membantu melegakan kesakitan, walaupun tiada bukti untuk menyokongnya. Daun kubis itu mungkin ada kesan penyejukkan, tetapi ia tidak dapat mengubati penyebab sebenar payudara bengkak iaitu susu tidak dikeluarkan daripada payudara dengan efisin

7.  Jika anda tidak dapat menahan sakit, anda boleh ambil ubat tahan sakit seperti paracetamol

8.  Nikmatilah hubungan penyusuan dengan bayi anda kerana proses ini akan berakhir bila anda sudah boleh menyesuaikan diri dengan jadual penyusuan si manja anda.

Untuk lebih tips mengenai penyusuan, suplemen kehamilan, penyusuan, kecantikan, kesihatan bolehlah terus menghubungi saya di:

Call/Sms   019 393 7880
Fb:  NurFatin Raihanah Emelie Rosales
Email: nurraihanah20@gmail.com
Fanpage: Live a Healthy Life ( Cahaya Hati Umi )





0 comments:

Post a comment