Tips mendidik Anak Soleh Solehah

Assalamualaikum wbt..

  Salam Jumaat buat semua pembaca..Pagi tadi saya ada terbaca satu posting dalam blog kawan saya mengenai Tips mendidik anak Soleh Solehah. Bila membaca posting tersebut, hati terasa sebak dan sayu. Tetiba rasa rindu pada anak bila baca posting tersebut. Suka saya kongsikan apa yang saya baca dalam blog kawan saya..

  Tips mendidik Anak Soleh Solehah

1.  Sekiranya tiba-tiba kita teringatkan anak, kirimkan lah bacaan Al-fatihah untuknya. Sampai ke ayat iyakanakbudu waiyakanastain - yang ertinya hanya kepadaMu yang kami sembah dan hanya kepadaMu yang kami pohon pertolongan, mintalah apa-apa hajat masa tu yang berkaitan dengan anak yang kita ingat masa tu, habiskan doa Al-Fatihah dan doakan semoga anak kita diberikan kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2.  Ketika anak tidur, pandanglah kewajahnya dan katakan padanya, ibu nak ( sebutlah nama anak )jadi anak yang soleh/solehah sayang. Cubalah amalkan ( ustaz kata kita bercakap dengan rohnya ). Ucapan ini adalah doa dan Doa seorang ibu itu biasanya dimakbulkan Allah..InsyaAllah..

3.  Malam ketika bangun, buatlah solat sunat disisinya. Kena dekat dengan dirinya. Jika kita selalu buat dan dia nampak kita buat, dia tau yang kita akan sentiasa doakan untuk dirinya. Keadaan ini akan mewujudkan rasa bonding antara kita dan anak. Dia akan paham yang kita solat untuk dirinya.

4.  Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa yang kita ini menunggu panggilan Allah. Katakan padanya bila kita kembali kepada Allah, hanya doa anak-anak soleh yang akan mengiringi pemergian kita ke alam Barzah.

5.  Peluklah anak anda walaupun dia sudah besar. Tatanglah dia seperti mana kita menatang dia waktu dia kecil. Ciumlah dia dan peluklah dia, katakan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6.  Maafkan anak kita atas segala kesilapan yang dia lakukan meskipun kesilapan itu melukakan hati kita. Muhasabah diri mungkin kesalahan anak kita adalah kerana dosa-dosa kita pada masa silam.

7.  Jaga tuturkata kita..jangan sesekali mengucapkan kata-kata yang kasar atau tidak elok pada anak-anak kita. Andai kita tersilap kata, minta maaflah pada anak kita pada masa yang sesuai. Beritahu anak kita walau macamana pun kita marahkan dia, tidak bermaksud kita membenci tapi kita ingin dia menjadi insan yang lebih baik.

8.  Amalkan membaca ayat 40 surah Nabi Ibrahim supaya kita, anak-anak dan keturunan kita termasuk dalam golongan yang mendirikan solat.

9.  Sentiasa ingatkan anak walaupun kita berpangkat, berpelajaran tinggi hatta hafal Quran sekalipun, jika tidak mempunyai peribadi yang mulia, Allah tidak akan pandang pada kita. Allah pandang pada hati yang cantik tetapi bukan pangkat yang cantik.

10.  Masa basuh beras, niatkan, Ya Allah, lebutkan hati anak-anakku (sebut nama mereka)..untuk faham agamanya.  (kenapa kita nak anak kita faham agamanya, kerana agamanya akan membawa kita kesyurga dan mengheret kita ke neraka) sebagaimana Engkau lembutkan beras ini menjadi nasi.  Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Buat kerja ini, hati jangan lalai..ingat kepada Allah sentiasa.

Mudah-mudahan kita menjadi ibu bapa yang sabar dalam mendidik anak menjadi anak yang soleh dan solehah. Moga-moga anak kita akan menjadi penyejuk hati kita. Sesungguhnya apabila matinya anak Adam, hanya 3 pekara sahaja yang akan ditinggalkan, amal jariah, ilmu yang bermanafaat dan doa anak-anak yang soleh dan solehah..Amin

credit to: Mommy Iskandar

0 comments:

Post a Comment