Solat dan Rezeki Susu Ibu

Assalamualaikum wbt....



  Alhamdulillah kita diberi peluang pada hari Jumaat yang penuh berkat ini untuk memperbanyakkan lagi amal ibadah kita dan mengubah diri kita untuk menjadi khalifah Allah yang lebih baik dan moga-moga rezeki yang kita perolehi hari ini adalah rezeki yang berkat hasil dari usaha kita dan doa kita kepada Allah..InsyaAllah..

  Bercakap tentang rezeki dan solat, rezeki yang kita perolehi hari ini semuanya datang dari Yang Maha Esa. Rezeki ini termasuklah susu ibu itu sendiri. Setiap titik air susu ibu itu keluar adalah dengan izin-Nya dan andai Dia tidak mengizinkannya, nescaya setitik susu ibu pun tidak akan keluar.

  Benarkah solat itu mempengaruhi pengeluaran susu ibu? Mengikut kepada pengalaman saya dan pengalaman ibu-ibu yang menyusukan anak mereka, sekiranya mereka menjaga hubungan baik mereka dengan Yang Maha Pencipta, insyaAllah rezeki yang diberikan akan sentiasa ada. Hubungan baik disini adalah solat kita. Solat yang disempurnakan dengan penuh istiqamah akan membentuk sifat sabar ibu dalam menyusukan anak mereka.

  Mintalah kepada Allah dalam setiap solat yang kita jalankan. Lakukan lah solat Dhuha dan solat Tahajud kerana kedua-dua solat ini mempunyai kekuatannya sendiri dalam memberikan rezeki kepada kita.  Solat Dhuha adalah solat untuk kita memohon rezeki kepada Allah..rezeki ini tidak tertakluk kepada duit semata-mata, malah susu ibu sendiri adalah rezeki yang Allah berikan kepada kita. Pada malam hari bangunlah ketika semua orang nyenyak tidur dan mintalah kepada Allah dengan rasa rendah diri dan bersungguh-sungguh agar rezeki susu ibu itu sentiasa ada dan semoga proses penyusuan kita berjalan dengan lancar.

  Solat akan mengajar kita untuk bersabar. Kesabaran ini kita perlukan bila kita ingin menyusukan anak dan disaat kita ingin mengumpul stok susu untuk anak. Solat akan menjauhkan kita daripada bersangka buruk dengan setiap ujian yang Allah turunkan. Cabaran penyusuan susu ibu itu adalah ujian Allah kepada kita agar kita lebih dekat denganNya dan agar kita menjadi insan yang lebih baik..

  Bagi ibu-ibu yang telah berjaya dalam penyusuan, tahniah! Moga-moga rezeki y ang kita perolehi ini tidak akan melalaikan kita dan akan sentiasa mendekatkan kita kepada Al-Khaliq. Bagi mereka yang baru memulakan perjalanan penyusuan, bersabarlah, sentiasa dekatkan diri kita kepada Al-Khaliq kerana sesungguhnya rezeki yang datang itu daripada-Nya..




0 comments:

Post a comment