Morning Sickness

Assalamualaikum wbt..


Pada awal trimester kehamilan, simptom morning sickness adalah pekara yang normal yang dialami oleh setiap wanita. Bagi mereka yang bernasib baik, mereka tidak akan mengalami sebarang alahan/morning sickness disepanjang kehamilan mereka.

Sebenarnya tiada sebab yang spesifik mengapa morning sickness ini terjadi, namun biasanya ia dikaitkan dengan perubahan hormon dalam tubuh sewaktu kehamilan. Perubahan ini akan menyebabkan ibu yang hamil merasa loya, muntah, kurang selera makan, tidak bertenaga dan sesetengahnya mengalami depresi akibat morning sickness.

Mungkin tiada cara yang spesifik untuk mengatasi masalah ini, tetapi mungkin tips ini dapat membantu:

~  Makan dalam kuantiti yang sedikit tapi kerap
~  Elakkan dari mengambil makanan yang berminyak dan berempah. Tetapi gantikan dengan makanan yang tidak berminyak seperti roti an biskut
~  Bawa kismis kemana saja anda pergi dan jadikan ia sebagai snek sampingan
~ Minum air dengan banyak untuk mengelak dari kekurangan air dalam badan. Kalau  tak boleh minum air kosong, gantikan dengan air dan jus buah-buahan
~ Ambil buah-buahan yang mengandungi banyak air seperti tembikai, belimbing, betik dan tembikai susu. Selain dari kandungan air yang tinggi, ia juga kaya dengan vitamin C dan boleh membantu anda terasa lebih segar.
~  Elakkan dari bau yang kuat kerana ia boleh menyebabkan anda pening kepala
~ Jika berpeluang, bercutilah bersama keluarga dan pasangan ke tempat peranginan terutama yang berhampiran dengan pantai. Angin dan udara segar dari laut pasti membantu anda terasa lebih segar.
~ Lazimnya ketika morning sickness, sesetangah ibu tidak boleh minum susu sedangkan ibu yang hamil memerlukan lebih banyak kalsium semasa kehamilan. Bagaimana untuk mengatasi masalah kekurangan kalsium ini?

~ Adalah disarankan ibu yang mengandung mengambil suplemen yang sesuai sejak awal kehamilan lagi kerana ketika ibu mengalami morning sickness, badan ibu kebiasaannya tidak bertenaga dan lemah. Untuk mengetahui suplement yang sesuai disepanjang kehamilan anda boleh klik DISINI.

  Untuk pertanyaan tentang suplemen kehamilan, penyusuan, kecantikan dan kesihatan, anda boleh hubungi saya di:

call/sms : 019 393 7880
Fb : NurFatin Raihanah Emelie Rosales

0 comments:

Post a comment