Assalamualaikum wbt..
Menyusukan anak bukanlah semudah yang kita fikirkan. Banyak rintangan yang perlu kita tempuh bagi menjayakan penyusuan anak apatah lagi bila kita berniat untuk menyusukan anak kita sepenuhnya sehingga berusia 2 tahun. Ramai ibu-ibu yang mengeluh kerana gagal menyusukan anak mereka seperti yang mereka harapkan. Daripada pemerhatian saya sendiri, ini berikut adalah faktor-faktor kenapa ibu-ibu gagal menyusukan anak mereka seperti yang mereka harapkan.
Breast tak bengkak, tak payah la pam
Persepsi ini silap. Rata-rata ibu hanya akan mengepam bila breast bengkak. Tujuan kita mengepam adalah untuk menghantar signal ke otak agar lebih banyak susu boleh dihasilkan. Sebab itu disarankan agar ibu-ibu konsisten dalam jadual pam. Konsep pam adalah demand vs supply, lebih banyak kita pam (demand) maka lebih banyak supply yang kita dapat.
Pengambilan minuman bergas atau ber ais
Mungkin kesan pengambilan ais pada ibu-ibu adalah berbeza kerana ada sesetengah ibu, walaupun minum minuman yang bergas atau ber ais, tidak mengurangkan kuantiti susu ibu mereka. Namun jika fikirkan dalam tempoh masa yang panjang, pengambilan minuman ber ais atau bergas akan mengakibatkan sakit urat pada ibu-ibu. Sekiranya ini berlaku, ia mungkin akan memberi kesan jangka penghasilan susu ibu
Pengambilan minuman berkafien
Kafein menggangu kelancaran saraf dalam jangka panjang. Walaupun ada
yang membuat kenyataan, buah kopi mengandungi antioksida yang
tinggi...namun kita tidak makan buah kopi ratah begitu sahaja...ianya
diproses dan telah kita maklum kopi itu mengandungi kafein yang lebih
tinggi berbanding teh.
Suplemen Diet
Apabila si ibu mengambil supplement untuk diet seperti menjadikan minum
berfiber menggantikan makanan sarapan pagi maka secara langsung si ibu
telah mengurangkan zat asli dalam badannya. Walaupun jaminan selamat
namun yang paling perlu kita fahami ialah, susuibu itu sangat kaya
dengan nutrisi melalui pengambilan makanan si ibu. Maka
apabila makanan yang sepatutnya dimakan itu digantikan segalanya dengan
pengambilan suplement semata2 maka khasiat sebenar akan berkurang dan
secara langsung memberi kesan kepada penghasilan susuibu pada masa akan
datang.
Merungut setiap masa
Ramai yang merungut bila hasil susu mereka tidak semeriah ibu-ibu lain. Jangan sesekali merungut. Sentiasa ucapkan alhamdulillah kerana susu yang sedikit itu adalah rezeki anak kita.
Akhir kata, muhasabah diri sendiri kenapa kita gagal dalam penyusuan. Sentiasa berdoa kepada Allah moga-moga rezeki anak-anak kita sentiasa bertambah..
Mengapa saya gagal dalam penyusuan???
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 comments:
Post a Comment