Makanan penggalak susu..berkesan ke?

Assalamualaikum wbt..



  Bila bercakap tentang makanan penggalak susu ni, memang banyak tips dan petua yang saya dengar. Masing-masing akan bagi pendapat masing-masing apa makanan yang boleh dimakan untuk menambahkan susu badan. Entri saya kali ini saya kongsikan kepada pembaca semua hasil daripada pemerhatian dan pengalaman saya sendiri tentang makanan penggalak susu.

1. Lobak putih
Petua orang makan lobak putih boleh menambahkan susu. Tak kisahlah apa cara masakannya samada buat sup, tumis atau goreng..yang penting ia adalah lobak putih..confirm susu akan bertambah..betul ke?

2.  Kurma / longan
Kurma dan longan antara makanan yang biasa orang akan ambil untuk menambahkan susu badan. Bagi diri saya sendiri, saya memang mengamalkan pemakanan kurma atau kismis setiap hari. Untuk diri saya, memang ia berkesan tapi ada juga yang makan kurma tapi susu tak bertambah..nak jawab macamana tu? :)

3.  Jantung pisang
Bagi penggemar ulam, jantung pisang mungkin akan menjadi pilihan sebagai makanan penggalak susu. Memang saya ada jumpa kawan-kawan yang mengiakan keadaan ini. Makan jantung pisang susu akan bertambah banyak. Saya secara jujurnya tak makan ulam..hehe..jadi macamana nak tambah susu dengan jantung pisang??

4.  Soya / susu
Nak tambahkan susu, kena minum susu banyak-banyak, tak pun kena minum soya banyak-banyak barulah susu pun banyak. Tapi betul ke?

5. Suplemen
Jangan salah konsep tentang pengambilan suplemen. Suplemen bukan untuk menambahkan susu, tapi suplemen akan menjadikan badan kita sihat. Bila badan sihat, proses penyusuan akan menjadi lancar.

Dari semua makanan diatas, saya memang mencuba kesemuanya. Kena try and error baru tahu keberkesanan makanan tersebut. Bila saya makan jantung pisang, susu saya tak semeriah pun seperti yang saya harapkan, tetapi kawan saya bila makan jantung pisang, susu sampai melimpah2..sebabnya dia adalah penggemar ulam jantung pisang sedangkan saya memang liat makan ulam ulaman ni :)

Bila saya makan lobak putih, susu pun tak semeriah yang saya harapkan. Tapi ramai ibu-ibu yang makan lobak putih dapat kesan yang menggalakkan..mungkin sebab saya makan lobak putih kerana ia adalah petua bukan sebab saya menggemarinya. Ibu-ibu yang suka makan lobak putih selalunya akan dapat hasil yang mereka harapkan.

Kurma adalah makanan yang paling saya suka. Kurma, kismis, badam, longan..bila makan semua ni, saya perasan susu saya mesti meriah..saya sangat gembira..Saya juga penggemar soya dan susu, makin saya minum banyak susu dan soya, makin cepat pulak payudara saya membengkak dan penuh.

Suplemen memang membantu saya untuk kekal lebih cergas. Bila badan sihat, kita gembira, bila kita gembira, kita akan hasilkan lebih banyak susu..

Secara kesimpulannya, apa pun yang kita makan, kita perlu makan dengan penuh rasa gembira. Itu adalah teori saya dan tips saya. Kalau kita makan jantung pisang, tapi kita stress sebab kita tak suka jantung pisang, macamana susu nak meriah? Saya bukan penggemar lobak putih, makan pun kekadang sebab nak susu banyak..hasilnya..tak seperti yang saya harapkan.

Kenapa susu saya meriah bila saya makan kurma, bila saya minum soya dan susu? Sebabnya saya makan dan minum dengan gembira. Ye, key word kat sini, GEMBIRA..kita kena makan sesuatu tu dengan gembira, dengan rela hati dan bukan sebab terpaksa hanya kerana nak banyakkan susu. Kalau kita ikhlas nak lakukan sesuatu, insyaAllah Allah akan permudahkan urusan kita. Makan la apa sekalipun dengan senang hati insyaAllah hasilnya pun positif.

Jadi apa pendapat anda semua? Adakah makanan penggalak susu anda betul-betul berkesan kepada anda atau adakah susu anda meriah kerana anda benar-benar gembira dengan makanan yang anda makan? Tepuk dada tanya selera..:)

0 comments:

Post a Comment