Kasih Allah itu mendahului MurkaNya....

Assalamualaikum wbt..

  Cerita yang saya ingin kongsikan ini saya terbaca dalam laman muka buka seorang artis Malaysia. Karya asalnya wallahualam saya tak pasti siapa, namun kita ini adalah kisah yang berlaku dalam kehidupan kita seharian, betapa kita alpa dengan nikmat Allah bila Allah mendatangkan rezeki dan kita hanya mengadu kepada Allah disaat kita dalam kesusahan. Moga menjadi iktibar bersama..

  Wang syiling itu jatuh dihadapan seorang lelaki yang sedang asyik menbancuh simen. Melihat logam kecil itu, tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja.  Tidak menunggu lama, tangannya segera mengutip syiling dan dimasukkan kedalam poketnya. Kemudian, dia menyambung semula kerjanya.

Tinggi
=====
  Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya.  Lelaki itu menoleh ke kiri, kanan dan disekelilingnya.  Tiada siapa yang berdekatan dengannya.  Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.  Tidak lama kemudian, lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya.  Pun sama, dia mengambil dan menyimpannya. "Rezeki aku!" kata lelaki itu dalam hati.

  Lelaki itu tidak sedar, logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yang mereka bina itu.  Sebenarnya, ketuanya mahu memanggilnya.  Ada pesanan yang mahu disampaikan ketuanya itu.  Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan, cuba memanggil lelaki itu yang berada pada aras paling bawah.

  Namun jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyi bising mesin pembinaan dikawasan tersebut.  Dek kerana itulah, ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya diatas. Mudah-mudahan dapat la dia menyampaikan pesanannya kepada pekerjanya itu. Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah, lelaki itu masih belum juga mendongak keatas.

  Lantas ketuanya mengumpulkan serpihan batu kecil yang terdapat dilantai.  Satu persatu batu kecil itu dibaling kebawah.  Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu.  Setelah merasa sakit dan terganggu, lelaki itu mendongak ke atas melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yang menyerangnya tadi. Barulah dia nampak kelibat ketuanya yang sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

  Pengajaran dari kisah ini: Ini adalah sekadar kiasan cerita kita dengan yang Maha Pencipta.  Tanpa sedar, Allah sering menjatuhkan 'syiling' lambang rezeki, rahmat atau kesenangan yang tidak terkira banyak kepada kita.  Allah menjatuhkan 'syiling ' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya.  Tetapi kita acap kali lalai untuk 'mendongak' ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan syukur.

  Seperti kisah ketua dan pekerja tadi, apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian, lalu Dia jatuhkan batu yang berupa musibah, kegagalan, keperitan dan pengalaman yang menyakitkan.  Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu, barulah kita teringat untuk mendongak, menadah tangah bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.

  Semoga kisah ini menjadi pengajaran dalam kehidupan seharian kita. Sentiasa lah mengingati Allah kerana Allah tidak pernah melupakan seorang pun umatnya. Sesungguhnya kasih Allah itu mendahului murkanya..










0 comments:

Post a comment