Susu Saya Tak Cukup???

Assalamualaikum wbt...

  Ramai ibu-ibu di luar sana khususnya yang baru melahirkan anak sulung sering kali mengeluh kerana berpendapat yang susu mereka tidak cukup untuk diberikan kepada bayi mereka. Atas alasan itu, ibu-ibu ini mengambil langkah untuk memberikan susu formula untuk anak mereka. Mengapakah ibu-ibu ini merasakan bahawa mereka tidak boleh memenuhi keperluan penyusuan untuk bayi mereka?

Ibu cepat Panik
  Bagi ibu-ibu baru yang melahirkan anak sulung mahupun ibu-ibu yang sebelum ini memberikan susu formula pada anak mereka, mereka akan mudah panik sekiranya bayi mereka mula menangis ketika disusukan. Mereka akan beranggapan bahawa susu mereka tidak cukup untuk menampung keperluan bayi dan risau sekiranya bayinya kelaparan. Atas alasan itu, ibu ini mengambil keputusan untuk memberikan susu formula kepada bayi dengan andaian susu formula dapat mengenyangkan bayi dan dapat membuatkan bayi tidur lebih lena.

Susu saya tak ada
  Pada awal kelahiran ramai ibu akan kata susu mereka tak ada. Situasi sebenarnya susu ibu itu sentiasa ada cuma pada peringkat kelahiran bayi susu itu tidak banyak. Apabila ibu-ibu meletakkan mind set dalam kepala bahawa susu mereka tidak ada, ibu itu sendiri meletakkan supply susu ibu itu sedikit. Dalam situasi ini, bukan susu itu tidak cukup tetapi ibu itu sendiri kurang keyakinan bahawa susu mereka cukup untuk bayi mereka.

Susu tak keluar
  Dalam keadaan-keadaan tertentu ada ketikanya walaupun diberi rangsangan, susu tetap juga tak keluar. Ini mungkin disebabkan oleh faktor yang menyekat rangsangan hormon seperti stress, rasa sakit bersalin masih terasa ataupun ibu dan bayi masih terasa 'drowsy' akibat dari kesan ubat semasa proses kelahiran.

Demand vs Supply
  Konsep ini yang biasa dipraktikkan dalam dunia penyusuan. Lebih kerap kita menyusukan bayi kita, otak akan memberi signal pada tubuh untuk menghasilkan lebih banyak susu kepada bayi kita. Penggunaan pam membantu untuk memenuhi konsep ini terutamanya pada ibu-ibu yang bekerja. Lebih banyak kita pam, isyarat akan dihantar ke otak untuk menghasilkan lebih banyak susu.

Faktor Pemakanan
  Faktor pemakanan juga boleh menyumbang kepada situasi kekurangan susu. Ada sesetengah jamu atau pun ubat perancang akan menyebabkan gangguan hormon pada tubuh. Ini akan menyebabkan produksi susu kita akan berkurang. Amat penting bagi ibu yang menyusukan anak mereka untuk menjaga pemakanan mereka. Pengambilan makanan berkhasiat dapat mengekalkan produksi susu ditambah lagi dengan jadual pengepaman yang konsisten. Pengambilan suplemen juga amat digalakkan khususnya bagi ibu-ibu yang sibuk dan mengabaikan pengambilan makanan yang seimbang. Suplemen akan memberikan kesihatan yang optimum kepada tubuh. Apabila tubuh kita sihat, proses penyusuan akan berjalan lebih lancar.

  Untuk mendapatkan suplemen penyusuan yang sesuai untuk anda dan tips penyusuan dari saya, boleh terus menghubungi saya di 019 393 7880 atau boleh add saya dalam fb untuk chat secara langsung berkaitan dengan suplemen penyusuan, kehamilan, berpantang, kesihatan dan kecantikan.



0 comments:

Post a Comment