Power Pumping..mengatasi masalah kemerosotan susu..

Assalamualaikum wbt..

  Alam penyusuan merupakan saat yang terindah buat semua ibu-ibu yang menyusukan anak mereka, tak kiralah samada penyusuan itu secara ekslusif atau pun tidak. Namun saya percaya, proses penyusuan ini tidak selalunya berjalan dengan lancar. Bagi saya sendiri, susu itu umpama rezeki, ada masanya rezeki kita melimpah ruah dan ada masanya mungkin rezeki kurang berbanding dengan hari-hari biasa.

  Keadaan yang boleh membawa kepada kemerosotan susu perahan mungkin disebabkan oleh berberapa faktor. Saya sendiri sebagai ibu yang menyusukan dalam sebulan pasti ada waktunya akan mengalami kemerosotan susu perahan terutamanya bila waktu period. Stress, jadual pam yang tak konsisten, corak pemakanan, kurangnya ransangan secara langsung dari bayi boleh membawa kepada kemerosotan susu perahan. Bagaimana mengatasi masalah ini? Jawapannya...POWER PUMPING...



  Konsep power pumping itu adalah rangsangan untuk menghasilkan lebih banyak susu. Teknik ini biasanya berkesan terutamanya bila ibu mengalami kemerosotan susu perahan. Bagaimana caranya untuk melakukan power pumping ini?

  Bagi mereka yang menggunakan single pam, cara melakukan power pumping adalah dengan mengepam sebelah payudara anda selama 10minit dan kemudian payudara sebelah lagi selama 10minit. Proses ini berterusan selama sejam. Bagi double pam pula, pam kedua2 payudara anda serentak selama 10minit, selepas 10minit, berehat seketika selama 5-10minit dan teruskan pengempaman anda selama sejam.

  Power pumping sebaiknya dilakukan dari jam 12pm-6am kerana pada waktu tersebut hormon prolaktin-hormon penghasilan susu berada di paras yang tinggi. Lakukan kaedah power pumping ini secara disiplin pada waktu yang sama. InsyaAllah dalam masa seminggu atau dua minggu anda akan lihat hasilnya. Paling penting, sentiasa berdoa kepada Allah agar sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan anda dalam penyusuan anak anda.

  Untuk mendapatkan suplemen penyusuan, kehamilan, berpantang, kecantikan dan kesihatan bolehlah terus menghubungi saya atau emailkan pertanyaan anda di nurraihanah20@gmail.com


  

  




































0 comments:

Post a Comment