Pengorbanan seorang Ibu..

Assalamualaikum wbt dan salam merdeka buat semua pembaca cahaya hati umi...


Kasih Ibu membawa ke syurga..

  Rasanya agak lama saya tak update blog..mungkin kerana kesibukan raya dan kerja disamping menguruskan anak yang semakin aktif dan membesar :). Alhamdulillah walaupun sepi sebentar dari menulis blog..rezeki anak tetap ada..masih ada yang membeli suplemen untuk kesihatan bersama..Alhamdulillah Ya Allah..ini semua rezeki yang Engkau berikan buat anakku Amna Qurratulaini Dwidad..

  Hari ni nak off topik sekejap..sekali sekala menulis cerita diluar dari topik suplemen ok jugak kan? Semalam saya ada terbaca luahan hati seorang ibu yang menyusukan anak dia yang kini berumur 2 tahun sebulan. Sepanjang 2 tahun itu anaknya memang fully breastfeed dan memang agak rapat dengan ibunya..

  Dengan izin Allah, akhirnya ibunya terpilih untuk menunaikan rukun Islam yang ke 5. Setelah sekian lama menunggu akhirnya dia dijemput menjadi tetamu Allah. Dalam pada dia bersyukur dengan rezekinya, ibu ini berasa sayu dan sedih bila terpaksa berhentikan penyusuan buat satu-satunya permata hatinya. Maka bermula la episod ibu ini melakukan macam-macam cara agar permata hatinya berhenti menyusu dari ibunya.

  Pada hari pertama, ibu ini mengambil asam jawa dan diletakkan di putingnya. Bila anaknya menyusu, anaknya merasa kelainan rasa pada susu ibunya..mukanya terkelat2 tapi dek kerana sukakan susu ibu, si anak meneruskan penyusuan tersebut..si ibu tergelak melihat kelakuan si anak..nampaknya percubaan pertama tidak berjaya.

  Pada hari seterusnya, si ibu meletakkan garam di putingnya. Ketika anaknya mula menyusu, muka si anak sekali lagi berubah. Namun kerana pada waktu itu si anak sangat mengantuk, dia meneruskan penyusuannya sehingga tertidur. Sayu hati ibunya melihat anaknya tepaksa menyusu dalam keadaan demikian..

  Hari seterusnya..ibu ini meletakkan lebih banyak  garam lagi di putingnya. Kali ini anaknya bersungguh-sungguh untuk menyusu..anaknya menyusu dengan khusyuknya dan tiba-tiba dia berhenti. Dengan mulut yang penuh dengan garam anaknya memandang ibunya lalu berkata " Mi..susu ummi tak shedap la"...Luruh hati ibunya mendengar kata-kata dari anaknya..bukan kerana kata-kata anaknya tetapi kerana dia terpaksa melakukan hal tersebut supaya anaknya putus susu. Dengan air mata yang berlinang, ibu nya berkata pada anaknya " Maafkan ummi sayang, bukan ummi tak bagi sayang menyusu, tapi percayalah..ummi benar-benar terpaksa. Kalau ummi ada pilihan, ummi akan benarkan sayang menyusu dengan ummi seberapa lama yang sayang nak". Bila membaca kata-kata ibu tersebut..saya sendiri berlinang air mata. Ya Allah, bukan mudah untuk buat anak putus susu..

  Membaca pengalaman ibu itu, saya amat bersyukur kerana sehingga kini saya masih menyusukan Amna dengan susu ibu sepenuhnya walaupun Amna sudah mula makan. Saya harap ibu-ibu di luar sana yang mempunyai nikmat untuk menyusukan anak mereka dengan susu ibu, hargai lah nikmat tersebut kerana susu ibu itu sahajalah yang akan mendekatkan kita kepada anak kita..Susu ibu itulah merupakan bonding antara kita dan anak walau di mana pun kita berada.

  Saya berdoa semoga Allah mempermudahkan urusan saya untuk meneruskan penyusuan susu ibu buat permata hati saya sehingga dia berusia 2 tahun. Semoga Allah permudahkan niat saya dan niat ibu-ibu diluar sana untuk menyusukan anak mereka dan semoga murah rezeki anak-anak kita menyusu dengan susu ibu. Amin...


  Untuk pertanyaan tentang produk penyusuan, kesihatan, kecantikan, kehamilan dan berpantang, boleh la terus menghubungi saya di 019 393 7880 atau emailkan pertanyaan anda di nurraihanah20@gmail.com

0 comments:

Post a Comment