Masalah Keputihan

Assalamualaikum wbt..

  Hari ini saya ingin berkongsi tentang masalah keputihan. Keputihan adalah cecair atau lendir yang berwarna putih yang keluar dari vagina yang dipengaruhi oleh hormon progestron dan estrogen dalam darah wanita.  Keputihan dikategorikan kepada dua jenis iatu keputihan yang normal dan keputihan yang tidak sihat.


  Keputihan yang normal biasanya berlaku dalam tempoh 14hari selepas kitar haid wanita. Keputihan ini menunjukkan tempoh subur seorang wanita dan pada masa ini keputihan yang berlaku tidak berbau malah keputihan ini akan menarik sperma untuk disenyawakan bersama telur pada waktu subur. Lazimnya keputihan ini tidak busuk


  Keputihan yang abnormal atau tidak sihat pula biasanya akan menyebabkan gatal-gatal dibahagian sulit wanita. Keputihan yang abnormal akan berbau busuk dan akan menggangu hubungan kelamin suami isteri. Dikhuatiri sekiranya keputihan ini menjadi semakin teruk boleh membawa ketidaksuburan pada wanita tersebut.


  Keputihan yang tidak dirawat akan memudaratkan kesihatan wanita. Keputihan yang abnormal akan menyebabkan pertumbuhan kulat dan bakteria dalam bahagian sulit wanita dan ini boleh menyumbang kepada penyakit wanita lain seperti kanser kanser dan tumor.  Lebih teruk lagi keputihan yang teruk akan mengganggu hubungan kelamin suami isteri dan boleh mengganggu kilang telur wanita.  Dibawah ini saya sertakan gambar keputihan yang teruk yang dialami oleh pesakit.



Keputihan yang teruk

  Melihat gambarajah diatas sahaja sudah cukup menakutkan kita sebagai wanita. Sekiranya dibiarkan kulat akan menyerang sistem reproduktif wanita dan boleh menyumbang kepada kemandulan.  Sekiranya anda mengalami keputihan yang teruk hingga mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan, segeralah mendapatkan khidmat nasihat perubatan dari doktor anda.


  Sekiranya anda mengalami keputihan, saya amat galakkan anda mengambil alfalfa dari Shaklee.  Alfalfa membantu merawat keputihan dan masalah wanita yang lain. Saya juga mengambil alfalfa. Selain mengatasi masalah keputihan, alfalfa juga membantu mencuci usus dan bertindak sebagai milkbooster bagi ibu yang menyusukan bayi.

  Pada entri akan datang saya akan kongsikan testimoni pelanggan yang menggunakan alfalfa. Malah saya sendiri mengambil alfalfa sebagai milkbooster dan juga merawat keputihan. Alhamdulillah kesannya memang menakjubkan.

  Berminat dengan produk ini? Boleh la terus menghubungi saya di 019 393 7880 atau emailkan pertanyaan anda di nurraihanah20@gmail.com atau add saya dalam fb untuk chat secara langsung mengenai produk kehamilan, penyusuan, berpantang, kesihatan dan kecantikan. 

0 comments:

Post a Comment