Selamat Berpuasa

Assalamualaikum wbt...


  Selamat pagi bagi semua pembaca Cahaya Hati Umi. Esok seluruh umat Islam akan mula mengerjakan ibadah puasa. Semoga kita semua mengambil kesempatan pada bulan yang penuh keberkatan ini untuk memperbanyakkan ibadah dan amalan dan memuhasabahkan diri kita agar kita menjadi insan yang lebih baik dari hari semalam.


  Bagi kesemua ibu-ibu yang menyusukan dan ibu-ibu yang mengandung, pastinya berpuasa merupakan satu cabaran untuk diri kita. Jangan risau, insyaAllah nawaitu yang baik, akan dipermudahkan oleh Allah SWT. Apa yang penting, sewaktu bersahur dan berbuka sentiasa mengambil pemakanan yang seimbang dan jangan sesekali meninggalkan sahur anda. Makan makanan yang dapat membekalkan tenaga yang berpanjangan, kaya dengan protien dan glukos. Pengambilan ESP, dpt membekalkan tenaga kita seharian, Performance Drink akam mengurangkan dehidrasi pada tubuh dan Mealshakes akan memberikan anda rasa kenyang dan bertenaga. Paling penting, minum air masak sekurang-kurangnya 3L sehari.


  Akhir kata, sentiasa tawakal pada Allah agar ibadah kita dipermudahkan dan mendapat keberkatanNya. Sesungguhnya, segala yang baik itu semuanya dari Allah, dan segala kelemahan itu adalah dari diri kita sendiri. Walahualam...

kredit to: Persatuan Ibu Muda Muslim

  Untuk pertanyaan tentang suplemen kehamilan, penyusuan, berpantang, kesihatan dan kecantikan bolehlah terus berhubung dengan saya melalui email di nurraihanah20@gmail.com atau sms kepada saya di 019 - 393 7880.

0 comments:

Post a comment