Panduan Penyusuan Di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum wbt..

  Bulan Ramadan akan tiba dalam berberapa hari lagi. Saya yakin ramai ibu-ibu menyusu diluar sana sudah menyediakan persediaan yang sepatutnya dalam mengharungi ramadan yang penuh berkat ini. Ramadan kali ini merupakan kali pertama untuk diri saya sendiri menyusukan bayi saya. Berdasarkan pengalaman rakan-rakan dan pembacaan saya sendiri, berikut adalah panduan penyusuan di bulan ramadan.

Niat
Yakin pada Allah yang kita benar-benar berniat untuk menyusukan anak kita dengan sepenuhnya dengan susu ibu. Berdoalah pada Allah ' Ya Allah, aku ingin menyusukan anakku kerana suruhanMu. Bantulah aku Ya Allah agar dapat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan ini. Bantulah akuu untuk bersabar dan mudahkanlah aku menyusukan anakku'

Menyegerakan berbuka dan melewatkan bersahur
Ketika bersahur dan berbuka pastikan makanan yang diambil adalah makanan yang seimbang. Jangan sekali meninggalkan sahur kerana kita memerlukan tenaga sepanjang proses penyusuan. Makan makanan yang kaya dengan protien, glukos dan cecair

Konsep Demand and Supply
Ramai ibu-ibu yang risau sekiranya susu mereka akan berkurang sepanjang berpuasa. Lebih kerap kita susukan anak kita, lebih banyak susu akan terhasil. Bagi ibu-ibu yang bekerja, ambillah masa untuk mengepam dan fokus pada kualiti dan bukan kuantiti semata-mata

Teknik Penyusuan dan Pengepaman yang betul
Sekiranya ibu-ibu mempunyai jadual penyusuan dan pengepaman sendiri, disiplinkan diri untuk mengikut jadual tersebut. Seboleh-bolehnya jangan skip jadual yang sedia ada. Jangan biarkan payudara anda membengkak baru anda pam. Sekiranya bayi anda bersama anda, kerap susukan bayi anda. Anda juga boleh menyusukan bayi anda dan dalam masa yang sama pam susu anda.

Milkbooster
Sekiranya perlu, ibu-ibu digalakkan untuk mengambil makanan-makanan yang dapat membantu memperbanyakkan susu. Makanan seperti kurma, susu soya, halba, makanan beroat, jintan, kurma cina, longan kering, air rebusan barli adalah antara makanan yang boleh dijadikan penggalak susu

Elakkan Tekanan 
Apabila badan kita terlalu penat atau kita berada dalam keadaan tegang/stress, akan mempengaruhi kuantiti dan kualiti susu kita. Sentiasa berfikiran positif dan tenang. Emosi kita akan mempengaruhi pengeluaran susu kita.

Penyediaan Stok EBM
Pasti sudah ramai ibu-ibu yang sudah menyediakan stok EBM masing-masing bagi persediaan bulan Ramadan. Namun bagi mereka yang tidak dapat menyediakan stok yang mencukupi, jangan risau, kerapkan sesi pengepaman anda. Pam sebelum sahur dan sebelum tidur

Elakkan stress/tekanan
Pada peringkat awal kita berpuasa, tubuh kita masih belum menyesuaikn diri dengan corak pemakanan kita. Kuantiti susu mungkin akan kurang pada peringkat permulaan. Sekiranya ini berlaku, jangan stres. Stres hanya akan mengurangkan lagi produksi susu kita. Tubuh akan mengambil masa lebih kurang seminggu untuk mengadaptasikan dengan corak pemakanan kita. Teruskan minum air dalam kuantiti yang banyak dan jangan skip jadual pam anda.

Suplemen
Pengambilan suplemen adalah terpulang kepada individu itu sendiri. Suplemen bertujuan untuk memberikan kesihatan yang maksimum kepada diri kita. Sekiranya kita sihat, maka proses penyusuan dan pengepaman akan berjalan dengan lancar. Sekiranya anda inginkan suplemen untuk kekal bertenaga ESP, Performance Drink dan Mealshakes dari Shaklee adalah pilihan yang tepat



Kelonggaran Berpuasa untuk ibu yang menyusukan anak
Daripada Anas bin Malik Al-Ka’bi, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT telah meringankan bagi musafir dalam ibadat puasa dan separuh dari solat dan bagi wanita hamil dan menyusui (ia meringankan) puasa”. 

• Sekiranya ibu berbuka puasa kerana takut berlaku kemudaratan pada dirinya disebabkan puasanya itu, maka wajib bagi ibu untuk qadha’ puasanya sahaja. 

• Sekiranya ibu berbuka puasa kerana takut susunya akan berkurangan dan membahayakan anaknya, maka wajib bagi ibu untuk qadha’ puasanya dan dikenakan fidyah iaitu bersedekah satu cupak dari makanan asasi bagi hari yang dia berbuka. 

• Firman Allah: “(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir, (bolehlah dia berbuka), kemudian wajiblah dia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.” [Al-Baqarah : 184]



Diharap panduan diatas sedikit sebanyak dapat membantu ibu-ibu melancarkan lagi penyusuan anak anda dibulan puasa. Akhir kata, Sesungguhnya segala yang baik itu datangnya dari Allah, dan segala kelemahan itu dari diri saya sendiri. Walahualam..

Sekiranya anda ingin mendapatkan tips penyusuan dan ingin mengetahui suplemen yang sesuai untuk anda bolehlah berhubung terus dengan saya di 019-393 7880 atau emailkan pertanyaan anda di nurraihanah20@gmail.com












0 comments:

Post a comment