Keguguran rambut..cegah sebelum kronik

Assalamualaikum wbt..


Keguguran rambut yang kronik boleh menyebabkan botak
  Masalah keguguran rambut amat lazim dihadapi terutamanya bila usia semakin meningkat. Setiap hari purata kehilangan rambut diantara 50-100 helai rambut, malah bagi mereka yang mengalami masalah keguguran rambut yang kronik, ia mungkin lebih dari itu.


  Terdapat banyak punca masalah keguguran rambut. Masalah hormon thyroid yang tidak seimbang, tekanan hidup, corak pemakanan, kekerapan mendandan rambut dengan bahan kimia, proses perubatan kimoterapi dalam mengubati kanser, faktor keturunan malah penggunaan bahan kimia yang berlebihan akan mengundang kepada keguguran rambut yang teruk.


  Bagi wanita, antara faktor yang menyumbang kepada keguguran rambut termasuklah masalah PCOS ( Polycystic Ovarian Disease ) yang dikaitkan dengan ketidakstabilan hormon dalam badan sehingga mengganggu kitaran haid juga dikaitkan dengan keguguran rambut. Pengambilan pil perancang yang mengganggu hormon tubuh juga penyumbang kepada masalah ini, namun faktor yang paling kerap dikaitkan dengan keguguran rambut dikalangan wanita ialah selepas proses bersalin. Semua ini berlaku disebabkan perubahan hormon dalam tubuh.


  Bagaimana mengatasi masalah keguguran rambut ini? Berikut adalah tips yang disyorkan:


- Sekiranya anda menggunakan syampu yang banyak bahan kimia, bertukarlah kepada syampu yang bersifat organik
-  Penggunaan sikat yang lembut dan sisir yang panjang
- Amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang
-  Elakkan stress
-  Minum air sekurang-kurangnya 3L sehari
-  Pengambilan nutrisi dan vitamin. Vitamin yang disyorkan adalah ESP, multivitamin, zinc complex dan juga revitalizing shampoo.


  Pada entri yang akan datang saya akan sertakan testimoni pengguna yang telah menggunakan set ini. Jadi rajin-rajinlah melawat blog saya :)

  Untuk mendapatkan konsultasi percuma mengenai produk boleh terus menghubungi saya di 019 393 7880 atau pun emailkan pertanyaan anda di nurraihanah20@gmail.com. Anda juga boleh add saya dalam fb untuk chat mengenai produk.

  




0 comments:

Post a Comment