Kenapa Vitamin Tidak Berkesan?

Assalamualaikum wbt..

  Apabila bercakap mengenai vitamin, ramai mengharapkan kesihatan pengamal vitamin akan menjadi lebih baik. Namun pengambilan vitamin yang salah akan mengurangkan keberkesanan vitamin tersebut pada tubuh kita. Punca mengapa vitamin tidak berkesan adalah seperti berikut:

1. Pengambilan air masak yang tidak mencukupi
Sekiranya anda mengambil vitamin, pastikan anda mengambilnya bersama dengan air masak. Ramai yang gemar mengambil vitamin bersama air manis bagi mengelakkan rasa vitamin yang pahit semasa hendak ditelan. Pemakanan vitamin bersama air manis akan meningkatkan kepekatan darah dan akan menyebabkan kegemukan. Cecair yang terbaik untuk menyerap vitamin dalam tubuh adalah air masak.

2. Elakkan makan vitamin secara banyak sekaligus pada satu masa.
Pengambilan vitamin sekaligus akan meningkatkan kepekatan darah kita. Adalah lebih baik sekiranya kita mengagihkan pengambilan vitamin kita. Minum air masak kerana air masak akan membantu penyerapan vitamin ke dalam tubuh kita. 

3. Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat.
Sekiranya anda dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan vitamin kerana ini hanya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik. Dapatkan nasihat doktor tentang jadual pemakanan ubat anda dan vitamin anda.



4. Kurangkan pengambilan kafien dalam diet harian.
Kafien akan menyebabkan penyerapan vitamin berkurangan didalam tubuh kita. Elakkan daripada mengambil kafien ketika anda ingin makan vitamin anda. Pengambilan vitamin bersama kafien menyebabkan segala zat vitamin tidak dapat diserap oleh tubuh kita.

5. Pantang larang makan vitamin.
Tahukah anda pengambilan multivitamin yang lengkap dengan zat besi tidak boleh diambil bersama air susu? Ini kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri. Tahukah anda vitamin E tidak boleh diambil bersama alfalfa kerana alfalfa boleh mengganggu penyerapan vitamin E oleh tubuh badan manusia. Pengambilan Alfalfa tidak disarankan untuk ibu mengandung kerana boleh mengakibatkan risiko keguguran di awal kehamilan.

TIPS UNTUK IBU MENYUSU.

Makanlah vitamin yang fokus untuk membantu ibu menjayakan penyusuan. Utamakan niat yang utama. Supaya tidak terlalu banyak vitamin yang anda amalkan dan dikhuatiri pengambilan air tidak sekata. Sekiranya anda membeli, maka dapatkan jadual makan yang betul dan pastikan anda tahu fungsi kebaikan vitamin yang anda beli!

Sekiranya anda ingin mengambil vitamin bagi kesihatan anda, sila pastikan anda mendapat konsultasi daripada pengedar / doktor yang membekalkan vitamin itu untuk anda. 

Bagi pertanyaan tentang produk kehamilan, penyusuan, berpantang dan kesihatan boleh terus menghubungi saya di 019 393 7880 atau emailkan pertanyaan anda di nurraihanah20@gmail.com

0 comments:

Post a comment